Blogroll

Wednesday, June 29, 2011

Ini luahan perasaan yang agak ke-emo-an.

Assalamualaikum.

Aku di rumah sambil cuba menahan diri daripada membesarkan badan akibat makan dan tidor yang berlebihan. Sekarang dalam proses mahu mencari pekerjaan yang halal kerana selepas ini kemungkinan besar sugar daddy aku a.k.a encik  JPA akan membuang aku sebagai anak tanggungan beliau selepas 2 tahun akibat keberanian aku melepaskan kos berprestij kepada kos yang biasa. Aku anak sugar daddy yang derhaka rupanya. Fuh, baca dengan satu nafas ye. Haha. Selepas ini aku akan mengendeng2 kepada sugar daddy yang baru, iaitu encik ptptipu..eh silap, ptptn.

Aku amat berharap dapat bekerja dengan tempat yang memerlukan aku deal dengan haiwan, tapi pilihan amat limited disini. Alangkah bahagianya kalau aku dapat bekerja di pusat pelindungan kucing. Aku dah download borang nak jadi sukarelawan kat zoo negara, tapi masa sekarang tak sesuai la aku nak mohon.

Aku rasa kalau dapat tukang basuh pinggan kat mana-mana kedai makan pun dah kira bersyukur tu. Kalau orang restoran tu suruh aku masak memang alamatnya lingkup la kedai beliau dengan kemahiran masak aku yang amat dahsyat.

Oh ya. Memandangkan aku tinggal di rumah sekarang, keberangkalian aku mengupdate blog amatlah tipis, ni pun aku terpaksa memanjat pokok rambutan di tepi rumah untuk mendapatkan line semaksimum yang mungkin. Sadis tahu.




********






Tadi, aku mendapat mesej fb dari someone, yang bertaip begini:

Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh dan rakan sejawat dan orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri.(Surah An-Nisa' 4: Ayat 36)

Fuh, bukan senang nak mendapat mesej berbentuk hadis sebegini. Setahun sekali mungkin. Haha.

Someone ni seorang lelaki. Dia telah add accaunt fb aku sekian lama. Dan beberapa kali menghantar private mesej kepada aku. Aku susah tau nak ceritakan hal sebegini kat blog, tapi kali ni aku memang dah jadi berangin sebab beliau menyindir aku secara terang- terangan dengan mesej sebegitu. Yang aku terasa sangat part;

Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri

Oh well..come one lah.Terima kasihlah susah-susah cari hadis khas untuk dihantarkan kepada aku. Mamat ni dah add fb aku sekian lama, tapi aku malas nak approve. Dan atas beberapa sebab aku block dia terus dari add aku. Then mesej hadis tu dia send through akaun fb kakak dia.  Aku ada reason aku sendiri malas nak layan dia. Tapi aku rasa mamat ni tak paham-paham bahasa senyap aku.Kalau aku dah block tu, aku malas nak layan tahu. Aku tahulah kalau aku dah approve nanti, ada la sequence2 dia yang amat aku benci nak hadapi. So, daripada buat dia sakit hati, baik aku ignore dia kan. 

Serius bajet baik la nak cucuk aku dengan cara sebegini. Haha. Adoi. Serius kelakar.

Aku paling benci dikatakan sombong atau bangga diri. Siapalah aku ni nak mendabik dada, sedangkan dengan diri yang tak seberapa. Aku hanya manusia biasa yang penuh dengan kekurangan dan tak lepas dari kekhilafan. Aku boleh je berkawan dengan semua, tak kiralah apa jantina. Tapi kalau aku memang ada history dengan someone tu, dan lepas tu kalau nak jadi kawan,  I am so sorry. Aku tak boleh terima. 

I am not the type of person yang senang melupakan cerita lama. Aku tak mintak orang paham, tapi tolonglah hormati. Aku ada pegangan aku sendiri. Aku ada prinsip yang digenggam sekian lama. Kenapa senang meletakkan kesalahan di bahu orang sedangkan salah sendiri tak pernah sedar? Ibarat kuman tepi laut kau nampak, tapi gajah tepi mata kau buat bodoh.



Aku tau story aku ni tak berapa jelas disini, tapi aku tak boleh nak cerita lebih2. Tapi aku fed up sangat ni. Rasa nak makan orang. Fuh.






Aaargh, lebih baik aku cari buku basic matematik aku waktu sekolah and matrikulation dulu untuk buat revision, dari aku melayan hamba Allah seorang ni yang menyakitkan hati.

Eh, macam mana nak turun dari pokok rambutan ni? Ok bai.

3 Orang Macho komen:

Pha Is said...

owh.. pasai ni ka yg ko post kat fesbuk tuh..? hehehe

Fatihah Mustapa said...

haha..aah. ;p

Anonymous said...

turun baik² dari pokok rambutan tu yer...:)