Blogroll

Thursday, June 30, 2011

Dah dapat kerja...x)

Assalamualaikum.

Walawei, aku dah dapat kerja. Cer teka cer teka?

Tukang basuh pinggan?  Salah


Waiter? Salah


Part time model? Salah. Ni cari pasal namanya, sah sah la aku tak lawa. Haha


Ok. Aku dapat kerja jual kacang rebus kat r&r. R&r mana sila lah teka sendiri. Hoho. Jual kacang rebus tu. Mesti ada kawan-kawan aku yang tengah gelak guling-guling baca entry ni. Haha.Tak kisah lah, asal kan cuti aku terisi, kerja halal dan aku tak kacau orang. Lepas ni kalau aku rajin boleh la aku buat entry Gadis Penjual Kacang Rebus berepisod, untuk menceritakan pengalaman aku kerja kat sana. Mesti macam-macam ragam manusia yang aku akan jumpa nanti. Aku start kerja esok ni. Nervous pulak rasanya. Korang doakan lah hari first aku berjalan dengan lancar. Weee... nak masuk tidor sekarang, sebab esok nak bangun awal. Semangat fatihah, semangat!

Bai.

1 Orang Macho komen:

Mister Rihays said...

R & R tapah la ni..kot..lalala~