Blogroll

Thursday, June 23, 2011

Aku dan Dia

Petang itu mendung. Seakan cuaca adalah refleksi dari hati ini. Angin berlalu tanpa suara, membawa seribu organisma bersamanya.

Aku: Aku rasa aku dah tekad.

Dia: Maksud kau?

Aku: Aku nak berhijrah. Nak buat perkara yang aku minat.

Dia: Kau rasa keputusan ko tepat?

Aku: Ya.

Dia: Kau nak keje apa nanti? Jadi lecturer? Cikgu?Come on la..dont waste your time. You already 2 years in this course.

Aku: Aku lebih rela bazirkan 2 tahun, daripada aku habiskan seumur hidup aku dari buat perkara yang aku tak minat.

Diam.

Dia: Tapi minat boleh dipupuk. At least kau tak perlu mengganggur nanti after grad.

Aku: Haha. Kau ingat aku tak cuba? Kau ingat apa yang aku buat 2 tahun? Tanam jagung? Selama 2 tahun ni, setiap kali aku bangun tido aku akan kata pada diri sendiri, you will be a doctor. Tapi at the end aku tau yang aku tak mampu nak tipu diri sendiri. Aku tak dapat hafal apa yang aku baca sebab aku tak berminat pun nak amik tahu.

Diam lagi.

Dia: Parents kau kata apa?

Aku: Diorang ok. Abah aku open minded.

Dia: Mak kau?

Aku: Dia tak sampai hati tengok aku menangis tiap-tiap hari lepas result pro exam dulu.

Dia: Kau dah buat isthikarah?

Aku: Dah.

Dia: So?

Aku: Aku tekad.

Dia: Aku takut ko menyesal nanti.

Aku: Kau tau ke apa yang Allah tu tetapkan untuk aku? Aku dah cuba. Dan aku yakin rezeki Allah tu ada dimana2. Asalkan aku berusaha.

Dia: Memang, tapi...

Aku: Aku takkan menyesal kawan. Aku akan redha dengan apa yang akan berlaku selepas ini. Aku dah berusaha. Aku dah rasa. Dan sekarang aku nak teruskan dengan jalan aku sendiri. 

Dia: Hmm... aku berat hati nak sokong, tapi aku tak mampu nak halang. Kau yang akan go through your life  lepas ni. Bukan aku. Buatlah apa yang kau rasa terbaik. Aku hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk kau sahabat.

Sebak.

Aku: Aku tau. Terima kasih.

Dan angin itu terus bertiup.

Related Posts:

  • Melawan kebiasaan.Yeahh, kita bertemu lagi dalam rancangan mari stay up sampai pukul 4 pagi. Dalam rancangan ini anda akan disajikan Kopi O Hang Tuah supaya mata ini se… Read More
  • Jalan-jalan gi I City. Sepanjang semester satu lepas, aku jadi pasif dengan menahan hati dan perasaan untuk merambu-ramba kemana-mana kerana kekangan kewangan. Maka apab… Read More
  • Teringin nak buat. Selepas menjawab test 1 probability dan statistic. (-_-')… Read More
  • Gelas dan perspektif. Manusia optimis akan kata gelas ni separuh penuh Manusia pesimis akan kata gelas ni separuh kosong, dan manusia realis pula kata gelas ni penuh… Read More
  • Mahar Cinta by Devotees Andainya dapat engkau mendengarkanSuara di hatiku melagukan rinduKiranya engkau mampu mentafsirkanSetiap bait kata-kata yang terucapPasti dirimu kan… Read More

4 Orang Macho komen:

Pha Is said...

huh... boleh buat cerpen ni... hehehe

Nurul said...

pengarang terbaik sdg tulis kisah sndiri..huhuhu...

be strong..betul tu. rezeki Allah ade di mana2.

al_hakim said...

dasyat..tp betul..buat apa yg kita minat..nak jadi cikgu kan?jom bersama-sama saya..=)

Fatihah Mustapa said...

pha is

haha..boleh ke?;p


dati

:')

hakim

jom2..x)