Blogroll

Thursday, April 14, 2011

Bila dah cuak tu, ape benda pun tak jumpa.

Assalamualaikum.

Haaa...rajin tak aku mengupdate dari kfc kl sentral? Silalah puji aku..haha. Ini semua adalah ihsan dari notebook rumate tersayang, kalau nak mengharapkan laptop aku, berhabuk la jawapnya.
Anyway, train aku lagi 2 jam, sementara tu boleh aku merapu-meraban jap.

Nak dijadikan cerita, aku and rumate bertolak dari kolej jam 4 petang tadi. Sampai komuter serdang, rumate aku yang belikan tiket komuter ke kl sentral. So, aku tak keluarkan dompet la. Dompet aku yg macam dompet jantan tu dok diam2 dalam beg dengan setia, di bahagian bawah sekali.

Then, bila sampai kl sentral, aku dengan penuh keyakinan yang amat tinggi membuka beg untuk mengeluarkan dompet. Dan, jeng jeng...guess what? Dompet aku tak de. Diulangi TIDAK ADE DALAM BEG AKU.

Aku mula panik. Jantung berdegup laju, heart rate meningkat, diikuti dengan blood pressure, dan peluh menitik-nitik dari dahi walaupun cuaca dalam kl sentral ni sejuk. Hah, dramatik betul aku ni.

Rumate aku suruh aku bertenang, dan dengan baik hatinya mengoffer supaya beli tiket keretapi guna duit beliau. Aku terus sambung menyelongkar beg sandang dengan harapan dompet itu muncul dari celah2 barang2 yang aku sumbatkan dalam beg tersebut, dengan diperhatikan rumate beserta perasaan risau beliau.

Muka aku jangan cakaplah, RISAU, CUAK, TAKUT, BERDEBAR-DEBAR bergabung menjadi satu dan menghasilkan muka yang mahu MENANGIS. Yelah, dalam dompet tu, segala khazanah ade, duit, ic, ucop..eh, ucop tu tipulah. Tapi tukan barang penting. Mahu aku tak gelabah sepruh mati. Tengah2 kl sentral pulak tu.

Dan, setelah beberapa minit, dengan semena-mena(wujud ke perkataan ni?haha) rumate aku perasan something kt beg aku. Beg sandang aku ni, ade satu tempat letak barang kat belakang. Memang tersorok sikit arr. Kalau korang sandang beg tu, memang tak perasan zip terpencil tu. Rupa-rupanya dompet aku ade kat situ. Hahaha. Buat malu den je. Rumate aku ape lagi, senyum dan ketawa tanpa henti la. Dan time tu aku merasa cahaya mentari bagaikan bersinar di waktu pagi, menerangkan hidup aku kembali..LEGAAA.....

Pengajarannya disini, kalau hilang barang jangan cepat gelabah.. kita kena tenang, baru leh berfikir dengan rasional. Aku sebab dah cuak sangat, terus terlupa tempat terpencil beg yang letak dompet tu..x')

oklah, daa..x)

2 Orang Macho komen:

Nurul said...

haha..aku pun slalu....jgn rsau

Fatihah said...

idati

haha..eh, ade geng..x)