Blogroll

Friday, April 1, 2011

Keluarga saye

Assalamualaikum.

Tiba2 rasa nak bercerita pasal family terchenta. Asyik cakap pasal exam je, korang mesti fed up ye tak? Baik mengaku cepat..

Baiklah. Mari mulakan.

1) Encik Abah


Haa..inilah abah saya. Pemberi nafkah keluarga. Inilah dia. Haha. Kenapa aku asyik ulang ayat yang sama maksud ni.
Anyway, abah aku kerja sebagai cleaner di hospital. Abah aku ni, memang manjakan aku. Tapi waktu kecik dulu la, sekarang tak la manja dah. Tak macho la. Haha.
Abah aku ni memang susah nak tengok beliau marah. Beliau cool je menghadapi ape jua situasi. Dan selalu support aku, dan tegur mana yang salah. Begitulah abah saya!


2)Puan Emak


Ini adalah mak saya yang tersayang. Masakannya adalah yang terbaik di dunia!!! Serius. Kawan2 aku selalu cakap mak aku masak laksa sedap, tapi aku rasa tomyam mak aku adalah yang terbaik. Hahaha..lapar la pulak.
Mak aku ni, selalu kritik ape jua barang yang aku beli. Ala, barang2 perempuan macam baju, kasut, dan shawl. Jarang sangat la beliau puji, sebab taste mak aku memang tak sama dengan aku..
Tapi aku tahu kritikan yang mak aku utarakan adalah membina. Kebanyakkannya lah.


3)Along


]

Inilah snowwhite versi lelaki dalam family aku. Along aku memang putih sangat, sampai waktu kecik2 dulu kawan2 gelarkan si putih. Baiknya pasal along aku ni, beliau sangat pemurah dengan adik2nya yang seramai 4 orang ni, Kalau along aku tengah ada duit, cakapla nak makan ape, for sure beliau akan belanja. Tapi kalau tengah kering, tak dapeklah den nak menolongnya-kata beliau.

4)Kakak yang paling comel. Sayelah tu!!



Hah, inilah fatihah, anak no 2 dalam family ni. Beliau ni suka merapu, dan suka taip macam2 dalam blog beliau. Anak yang solehah, mendengar kata, dan bersopan santun. HAHAHAHA. Masuk bakul angkat sendiri.

5)Pami



Ini pami. Adik aku sekarang yang tengah kerja kat Butterworth. Aku pernah cerita pasal beliau kat entry ni. Inilah kawan gaduh aku masa kecik. Ade je benda yang kitaorang tak puas hati, kadang2 benda yang tak masuk akal pun. Haha. Kebudakan.


Ni gambar pami sekarang. Sebenarnya tadi tak nak letak gambar ni. Nak letak gambar waktu dia gemuk je. Hahaha. Kejam la pulak kan.


6)Paan



Mak aku kata, antara adik aku 3 orang ni, paan ni lah yang paling banyak ikut perangai aku. Bangga jap. Hahaha. Sekarang dia kat asrama. Paan ni kalau aku balik rumah, rajinlah dia bukak buku dan tanya aku soalan yang dia tak paham, terutamanya math. Budak ni kalau dia dah start mulut tanya soalan, kadang2 tak terlayan nak menjawap. Kadang2 kalau aku geram aku buat macam ni...



Tipu je..aku kakak yang penyayang la..;p


7)Yana


Ini satu2nya adik perempuan aku. Aku ingat lagi, waktu dia ni kecik, kalau bawak gi jalan2 mesti ade orang tanya"Comelnya!anak jepun ke ni?"
Hahaha..nasib baik dia masih budak masa tu, kalau tak kembang kempis hidung dia. Ceh*jeles. Haha.
Yana ni ni memang skema dan penakut sikit. Maksud aku, kalau dia tak siap homework cikgu bagi, dia akan menangis dan sanggup tak pergi sekolah keesokan harinya. Kalau aku dulu rilek je, siap cikgu piat telinga lagi.. Budak nakal la kononnya..haha
Yana ni memang cepat tersentuh sikit. Maybe sebab dia anak bongsu, jadi perwatakan dia lain daripada kitaorg yang atas dia ni.

Kita sama tapi tak serupa..x)

Begitulah kisah family serba sedikit.Terbongkar lah misteri keluarga aku.
Aku tak leh la cerita lebih2, nanti tak de ape yang tinggal untuk simpanan aku. Haha.

Ok, take care. Daa~~

Related Posts:

  • Bertukar!!!Template bertukar kepada putih, untuk mendapat feeling snow white. Tiada motif. Dan header ikhlas dari org pemalas, iaitu aku. Sekian berita hari ini.… Read More
  • Penakut.Adeh...abah aku baca blog aku siot. Ingatkan abah aku pandai main fesbuk je. Rasa tak best la nak terus berblog macam ni. Aku rasa macam nak delete bl… Read More
  • The worst condition ever. Rasa nak menangis sebab exam kurang dari 2 minggu dari sekarang. Fine, sebenarnya dah nangis petang tadi. Tiap2 hari. Research yg memeningkan kepala… Read More
  • Terkejut lihat doktor hospital kerajaan bertugas 34 jamTerkejut lihat doktor hospital kerajaan bertugas 34 jamSAYA bersetuju dengan pendapat 'suami doktor' yang disiarkan pada 13 April lalu bahawa kebajika… Read More
  • Fall in love.Assalamualaikum. Omg, i fall easily with guy that love animals. Seriously. Kalau jumpa je lelaki camni, terus nak ajak kahwin la..Boleh kita bela h… Read More

1 Orang Macho komen:

cik FIFFY said...

paan tu hensem. hee~