Blogroll

Thursday, April 7, 2011

Syukur

Korang bersyukur tak dengan ape yang korang ade sekarang?

Pernah korang terpikir, atau terlintas di hati perkara yang korang kesal atau tak puas hati. Sebagai contoh;

Nape lah aku tak belajar rajin2 dulu, kalau tak mesti boleh gi oversea(padahal lepas je gi u tempatan.Tahu tak betapa ramai yang kat luar tu tak dapat masuk uni)

Aku rasa aku gemuk lah(padahal bmi ok je)

Aku tau la aku tak cun macam selena gomez(erk, nak kapel dengan justin ke?haha)

Nape la aku bukan anak orang kaya. (so, kalau kaya lagi la banyak tanggungjawab ko)

Kenapa la aku ni rendah sangat.(rendah tu comel tau tak?)

Bla bla bla......

Pernah tak? Kerat jari la kalau tak pernah terpikir langsung. Memang lumrah manusia tu tak puas hati dengan apa yang ade.Aku pun sama.

Kadang2 kita lupa, ape yang kita dapat, ape yang jadi itu dah Allah tentukan. Siapa kita hendak menolak qadak dan qadar. Allah S.W.T itu tahu ape yang terbaik, sebab itu ape yang berlaku ade hikmahnya. Cuma kita je, yang tak nampak atau saja2 buat tak nampak.

Jadi manusia yang bersyukur dengan ape yang korang ade, dan perbaiki kehidupan dari semasa ke semasa. Sesungguhnya manusia itu tidak sempurna.

Tapi, jangan salah anggap pulak, yang kita kena stay je kat tahap kita tu sampai mati. Faham tak maksud aku?

Yang miskin boleh jadi kaya

Yang gemuk tu leh jadi kurus

Yang bodoh boleh jadi pandai

Yang kurang cun boleh jelita

Yang rendah....err, kena rasa rendah itu comel(haha, sebab aku pun rendah)

Get it? Memang Allah dah tentukan, tapi kita kena berusaha untuk mengubah hidup kita sendiri. Jangan asyik mengeluh je, tapi usaha haprak. Ko ingat Thomas Edison tu buat lampu tu dengan sekali experimen je ke?*tetiba

So, berusaha keras untuk ke arah yang lebih baik, dalam ape jua yang korang buat. Yakin bahawa rezeki itu ade dimana2, korang yang kena cari.

Related Posts:

  • I miss you already. Yuka dah takde. Takde. Ya Allah, sedihnya! Aku tahan sebak je masa mak call tadi, dan sekarang aku rasa down gila. Nasib baik mati kat rumah, kal… Read More
  • I am back!Ohoi, gua dah sampai UPM beb! Cuti seminggu memang cuti habis la, blog jadi bersawang dan fb pun sempat bukak kejap2 je. Kat rumah susah nak dapat int… Read More
  • Just saying Lebih baik sendirian, daripada bersama dengan orang yang salah. eh annoying face tak jadi. (-_-') Do you get it? If yes, thank god. Stop a… Read More
  • Once upon a time...  Assalamualaikum bloggers! Dan juga kepada yang bukan bloggers yang suka skodeng blog aku ni. Haha. You know who you are.*bajet betul minah ni.;… Read More
  • Doraemon datang melawat.Doraemon menjenguk diri balik tingkap. Beliau menggalas beg berwarna coklat, dan melompat masuk ke meja belajar tempat aku bertapa. Doraemon: Hai! A… Read More

0 Orang Macho komen: