Blogroll

Sunday, April 3, 2011

Hadiah yang dipulangkan semula. Tapi saye tak kecik hati pun.

Ahah, aku nak bercerita pasal pet lagi. Aaah, aku tahu. Maybe blog ni patut ditukar kepada haiwan peliharaan cik Fatihah je. Hahaha. Senang cite.

Okeh, sesiapa yang pernah baca blog aku ni tahu yang bela seekor kura2 jantan-KULEN, dan seekor hamster betina yang bernama YUKA.

Well, dan aku jugak pernah cerita pasal Guinea Pig, hadiah besday kepada adik aku yana.

Hah, dan guinea pig tu, lebih senang aku panggil sebagai piggy, telah diserah kepada aku kembali. Yup. Mak aku bising sebab adik aku tak pandai jaga piggy dan agak berbau sikit kalau tak ditukar dengan kerap alas piggy tersebut.

Maka, setelah menimbang semasak2 sampai hangus, aku terpaksa la ambik balik piggy tersebut. Atau dalam erti kata yang lain, aku la yang bela.

Tapi aku bukan buruk siku tau, walaupun siku aku aku tengah ade bruise sekarang. Ha ha. Perlu ke cerita pasal siku ko fatiha?

Heh, tapi untuk menjaga hati adik aku, aku menggantikan piggy tersebut dengan hamster. Dan adik aku pun dengan senang hatinya menerima. Bukan yuka tau, no way aku akan bagi yuka my sayang.

Fyi, hamster lebih senang dijaga daripada piggy. No offense.

Walaupun sebenarnya bila mak aku suruh amik balik piggy tu aku memang terus setuju tanpa berbelah bagi.*kantoi. Berbesar hati je aku nak jaga piggy yang cute miut tu.

Pengajaran nya disini, bila nak hadiahkan something kat someone, korang kena pikir masak2 okeh. Pikir hadiah yang affordable, dan dihargai oleh someone yang korang hadiahkan tu. Jangan main hentam keromo je.

Aku pernah dengar, betul ke kita tak leh jadikan haiwan sebagai hadiah? Ade student vet tak baca blog aku, tolong jawap. Nanti saya belanja makan aiskrim.

Kalau tanya aku student medic, kita memang tak boleh hadiahkan manusia kepada manusia yang lain. Aku pasti. Itu, perdagangan manusia namanya. KITA KENA BANTERAS!


*Eh, nanti aku nak bercerita pasal piggy2 pulak la. Kih kih.Dah jadi zoo dah bilik aku. Fuh.

Related Posts:

  • Kahwin paksa.Pagi ini aku duduk kat depan laptop, sambil megemas perasaan, meyediakan mental dan fizikal untuk telepon mak aku kejap lagi. Aku bukan nak pegi berpe… Read More
  • Board sensasiPetang, jam 2 lebih.Balik dari amik vaccine Hep B kat PKU, kitaorg perasan ada board baru tepi pintu.Board untuk gambar-gambar penghuni rumah.Jam 5.Ho… Read More
  • Cinta itu ButaKorang pernah tak ada something yang korang sayang sangat-sangat, tapi benda tu buruk pada mata orang? Pernah tak?Aku ada..sebab tu aku bertanya ni..k… Read More
  • Hari yang luar biasa.Dengan ini diumumkan aku tidak ponteng kelas pagi tadi. Ya. aku rasa ade skandal disebalik semua ini! (poyo..bajet artis?)Tiap kali nak buat jahat mes… Read More
  • MalasAku dah sakit tenat sekarang. Ya, sakit kemalasan tahap kritikal. Sila jauhkan diri anda jika tidak mahu penyakit ini berjangkit. Aku rasa dah berjang… Read More

2 Orang Macho komen:

mardhiah ismail (: said...

hehehe hebat ! i tak boleh ade pet. confirm tak terjage hehe

Nurul said...

keh2...hadiahkan manusia eyy??akku nak aku nak..