Blogroll

Sunday, April 10, 2011

Ucop saye. x)

Assalamualaikum.

Hai. Aku sudah kembali bersemangat. Err, walaupun baru studi ala kadar. Ala kadar disini bererti selak2 nota, dan mengambil berkat.

Semalam, untuk memulihkan semangat, aku diajak ke mid-valley oleh cik housemate, zati. Ceh, tak boleh bla nak memulihkan semangat. Cakap je la nak keluar melepaskan lagha di hati, kan senang.

Keluar rumah dalam jam 9 pagi, sampai mid je terus kitaorang serbu GSC. Nak beli tiket cerita Cun. Misi berjaya, dan terus ke food junction untuk mengisi perut yang berdegam-degum kelaparan.

Then, jalan2, cuci mata dan termasuk kedai Vincci. Fuh, ramai gila manusia kat situ, sebab tengah sale..70% beb, memang orang berpusu2 la. Kasut, dan beg, membuatkan mata aku berpinar2 seketika. Sebab aku perempuan. Tapi, nafsu untuk membeli berjaya ditahan sebab aku nak beli benda yang lebih penting. Nanti aku cite.

Kebetulan ade wedding exhibition kat situ, kami dengan excited terus pergi sebab nak mengusha je. Bukan nak kahwin. Lagipun ade persembahan kat situ. Yang tak bestnya bila aku masuk, antara kami bertiga aku yang paling banyak diserbu oleh wakil jualan kat situ. Sambil diorang mengedarkan pamphlet.



Aku tak puas hati betul. Muka aku ni nampak seri pengantin ke? Ahaks...hahaha. Tapi ade satu booth tu bagi doorgift coklat cadbury. Berbaloi la gak masuk semborono kat exhibition tu.;p

Semua pamphlet yang aku dapat aku bagi tanpa perasaan ragu2 kat seorang kakak yang kebetulan tengah nak buat persiapan perkahwinan. Aku jumpa kakak ni kat surau waktu nak solat asar. Coklat cadbury tu tentulah aku simpan. x)

Lepas solat zuhur, terus gi tgk cerita Cun. Komen? Ok la. Gelak la jugak.

Habis cerita cun, aku serbu gi pets wonderland. Sebab disini la aku nak beli benda yang lebih penting yang aku katakan tadi. Hehe(gelak penuh muslihat)

Aku nak cari guinea pig jenis abysinian sebenarnya. Nak melegakan keinginan hati yang membuak2 untuk membela makhluk Allah tersebut, disebabkan terlalu comel. Aku rasa aku nak angkut je semua piggy tu balik rumah. Haha, sekali sekala nak buat jugak kerja gila.

Dan hasilnya, setelah bertenggek depan aquarium guinea pig selama ½ jam, aku berjaya pilih yang paling berkenan di hati.



Ucop

Dan aku pulang ke kolej dengan hati yang girang sambil nyanyi lagu Just the way you are, ditujukan khas kepada piggie aku yang bernama ucop. ;)


2 Orang Macho komen:

idAti mALek said...

ko mrepek mmg no 1 kan..hahaha

Fatihah said...

hahaha..biasalah. serah je kat aku. ;p