Blogroll

Tuesday, April 19, 2011

Jatuh hati kali ke-2.

Assalamualaikum.

Tajuk tak boleh blah. Sila baca sampai habis untuk  mengelakkan salah faham. x)


Korang kenal Fida Aishah? Ala, blogger yang cetus kontroversi pasal penggunaan gambar orang lain tu. Aku rasa kebanyakkan blogger tahu kot. Sebab, sebelum kontroversi heboh, aku suka bangat blog fida ni. Aku rasa macam addicted nak baca sajak dia, kisah hidup dia, dan pandangan dia tentang sesuatu isu. Bagi aku, penulisan dia sangat bagus, dan tulus.

Tapi, bila terbongkar je kes gambar tu, aku memang sentap habis arr...sebab aku rasa, sebagai pembaca aku di mainkan. Hahaha, sadis betul aku waktu tu.

Oh ya, masa aku dok stalker blog fida ni, aku masih belum ade blog lagi. Fida ni antara sebab la aku nak buat blog, kiranya macam sumber inspirasi gak la. So, korang leh bayangkan betapa besarnya effect penulisan fida ni kat aku dulu. 

Dan sekarang, aku dah kurang singgah blog dia, sebab aku dah tawar hati.  Sebab ade sesetengah blogger lain kata yang fida ni sebenarnya tak wujud pun. Dunia internet kan, fakers ni berlambak2. Aku tak tahu la mana yang betul, tapi dari situ aku belajar, jangan mudah percaya pada dunia maya ni.

Dan sekarang, aku dah jatuh hati kat penulisan seorang blogger ni. Seorang lelaki. Hah, jangan salah sangka pulak. Aku suka cara penulisan hamba Allah ni je. Tak tahu la kenapa. Haha, maybe sebab entry dia simple, nampak cam jujur, and direct to the point. Kiranya ni crush ke-2 aku pas Fida la...haha. Tapi sesetengah entry dia aku rasa tak senonoh sikit.

Habis semua entry dia aku baca, stalker yang berjaya tak aku? Jangan jawap. Blogger ni tak reveal muka dia, tapi aku tak kisah. Serius. 

********

Aku ade lebih kurang dari 3 minggu lagi nak exam. So, bahawasanya mulai hari ini, saya Nurul Fatihah akan online hanya 1 jam sahaja setiap hari. Sesiapa yang add aku kat fb tu, kalau nampak aku tengah oline dengan jayanya, sila marah sekeras yang mungkin. Eheh. 

Mari kita lihat sama ada azam ini berjaya atau menjadi alakazam!!!

Bye.

Related Posts:

  • SalamKul 3.51 pagi sekarang.Oh yeaah, baru bangun dan boleh ucapkan selamat pagi malaysia!!(haha, bajet cam orang baca)Ingat nak balas singgahan blogg… Read More
  • Lapar iTu Nikmat tahu!!Salam.Aaargh...rasa nak lari round satu bilik sambil pegang perut, dan jerit lapar berulang-ulang kali. Lapar, lapar, lapar..(mereng)Tambahan tengok g… Read More
  • Belive In Me..Do you??Salam.2 pagi.Aku baru bangun. sedari aku tido dari jam 9.30 malam tadi. Oh yeaa, SCL pharmaco aku tak buat lagi. Marilah jangan tido sampai ke pagi. (… Read More
  • Lepas geram kat fb..patutkah??Salam dari aku.Penat, baru balik dari perbadanan putrajaya, lawatan belajar kat sana.Balik cam biasa, online dulu..bukak fb, blog dan tumblr..baca kom… Read More
  • SAYA SUKA BLOG AWAK LA !SalamYaa, aku join aktiviti encik Ben lagi! Sila tepuk tangan untuk aku sebab join dalam kesempitan waktu ni. Nak marah pun boleh gak..hehe.Okeh ,sepe… Read More

0 Orang Macho komen: