Blogroll

Friday, April 29, 2011

Lelaki berwatakan perempuan.

Semalam aku gi bookfair pwtc, gambar akan diupdate kemudian, kalau aku rajin. Hehe.

Anyway, aku nak cerita pasal benda yang aku nampak semalam kat kfc. Lepas habis kitaorg jalan2 kat bookfair, kira2 dalam jam 4 petang aku, cik ama dan cik zati bergerak ke the mall untuk membeli makanan. Setelah berlegar2,  kitaorang serbu kfc. Line beratur sangat panjang, mengajar erti kesabaran yang amat dalam. 

Sambil menunggu tu, aku perasan something. Cashier kfc kat depan line yang aku tengah beratur ni, sekali pandang macam perempuan. 2 kali pandang baru aku sedar dia adalah seorang lelaki. Ya kawan2, dalam erti kata lain pondan. Muka dia putih bersih, mata galak, hidung mancung terletak. Nama kat name tag dia Ame***, tapi sekali dia bersuara...fulamak, tersedak air mineral yang aku tengah minum waktu berbaris tu. Serius rasa nak gelak, tapi atas dasar profesional terpaksa dicover sehabis mungkin. Yelah, nanti kalau cashier tu perasan, kecik hati pulak. Tapi serius la, memang kalau dia lelaki tulen memang hensem habis. Mesti jadi lelaki yang bermuka jambu. Hahaha...tapi malangnya dia memilih untuk bergaya seperti perempuan. Cuma yang aku respek la kan, muka dia tak henti senyum melayan customer, muka penat cuba dicover sehabis mungkin, Dan ungkapan terima kasih tak lekang dari mulut dia, Memang sangat bersopan-santun la. Kalah aku yang perempuan tulen ni.

Bila sampai giliran aku, aku pandang muka dia, dan aku kehilangan kata2. Haha. Speechless, sebab dia sangat bersopan. Kalau ada borang customer service kat situ, mesti aku dah vote dia untuk markah yang paling tinggi.


Aku benci pondan, tetapi tak bermakna aku benci manusia yang menjadi pondan tu. Macam kita benci maksiat, tetapi jangan la kita membenci orang melakukan maksiat. Kita kena tarik orang yang macam ni kembali ke jalan yang benar, atas nama saudara se-Islam.
Kalau kita jumpa seorang pondan atau tomboy, jangan begitu judgemental dan terus hukum hamba Allah ini.  Ada sebab yang menjadi mereka sebegitu rupa. Berdasarkan pengalaman aku sendiri, aku ada seorang kawan perempuan yang berwatakan seperti lelaki. Kawan aku ni menjadi manusia seperti itu disebabkan sejarah hitam sewaktu kecil. Jadi dia cuba menjadi kasar supaya boleh defense diri sendiri, tanpa mengharapkan orang lain.


Aku harap ada orang yanng berjaya mengubah cashier kfc yang aku jumpa tu. Kesian kat dia, maybe ada something dalam hidup dia yang merubah dia menjadi manusia yang begitu.




2 Orang Macho komen: