Terkejut lihat doktor hospital kerajaan bertugas 34 jam
SAYA bersetuju dengan pendapat 'suami doktor' yang disiarkan pada 13 April lalu bahawa kebajikan doktor diabaikan. Pengalaman saya ketika menjaga ibu di wad, mengesahkan andaian ini.
Seorang doktor muda yang ‘on-call’ melaksanakan tugas murninya dengan penuh dedikasi sepanjang malam dan keesokan harinya. Apabila saya bangun dari tidur, doktor berkenaan masih berada di wad itu. Raut wajahnya kelihatan tidak ceria ketika bertugas pagi itu, yang memberi isyarat bahawa beliau kepenatan.
Seorang doktor muda yang ‘on-call’ melaksanakan tugas murninya dengan penuh dedikasi sepanjang malam dan keesokan harinya. Apabila saya bangun dari tidur, doktor berkenaan masih berada di wad itu. Raut wajahnya kelihatan tidak ceria ketika bertugas pagi itu, yang memberi isyarat bahawa beliau kepenatan.
Yang mengejutkan saya, tugas doktor muda itu tidak terhenti pada pagi itu saja, tetapi berlanjutan sehingga jam 5 petang. Cuba bayangkan profesion apakah dalam dunia ini yang menuntut pekerjanya bekerja 34 jam tanpa henti?
Dalam kepenatan, sudah pasti beliau tidak mampu memberi tumpuan kepada tugasan yang diberikan. Apakah jaminan beliau tidak melakukan kesilapan ketika menjalankan tugas? Kita tidak mahu melihat malapetaka menimpa pesakit akibat kesilapan yang mungkin dilakukan. Saya juga pernah terjumpa seorang doktor yang terbabit dalam kemalangan ketika pulang dari bekerja. Beliau tertidur seketika kerana terlalu penat dan mengantuk kerana malam sebelum itu beliau ‘on-call’. Beliau masih bernasib baik kerana hanya mengalami cedera ringan, walaupun keretanya rosak teruk.
Nasib baik juga kerana tiada kehilangan jiwa berlaku. Bagaimana sekiranya kemalangan itu membabitkan kematian? Mungkin selepas berlakunya malapetaka sebegitu barulah pihak bertanggungjawab ada sedikit keinsafan untuk menyemak semula pelaksanaan prosedur lapuk di hospital di negara ini.
Jarang sekali kita nampak keluhan daripada doktor sendiri dalam akhbar berhubung kebajikan mereka. Adakah doktor tidak mempunyai saluran untuk mengadu hal kebajikan mereka?
Kita juga tidak pernah mendengar sebarang pembelaan daripada Menteri Kesihatan sendiri yang membela nasib doktor dari segi kebajikan atau waktu bekerja. Justeru, tidak hairanlah berlakunya penghijrahan doktor ke hospital swasta
Sumber
Fuh..memang menaikkan 'semangat' aku betul time nak amik exam macam ni. (-_-')
Nak tukar kos boleh?-soalan mintak pelempang..
Jap jap. habis tu sape nak jadi laki aku nanti?hahaha...takde sape nak kawin dengan doktor la camni?haha..
Ok, bye.
7 Orang Macho komen:
salam..dah lama tak jenguk belog hg. hahhahaa..aku adalah syukri...
gplover... hahaha... pulak dah... aq rasa pharmacist x teruk sgt kot.. sbb tu aq amik pharmacy dari medic... sbb bnde2 yg mcm ni la... on call memanjang... klau boleh nk bnyak masa dgn fmily... hahaha... klau mcm ni la bakal doktor, aq rsa, kwen pon blom tentu.. hehehe... lwak ja... klau jodoh sampai, insyaAllah, ada la nnti tu...
QUEENPINK
insyaallah..thanks. x)
Mr. Straw?
eh, anda pun tukar nama ke?haha.. ;p
pha is
gplover tu stands for guinea pig lovers..haha.
aku tak tahu la, kadang2 aku rasa lost kat sini.
hmm..
pha is
gplover tu stands for guinea pig lovers..haha.
aku tak tahu la, kadang2 aku rasa lost kat sini.
hmm..
aq pon lebih kurg gak.. lost.. skrg aq just follow the flow jew..
Post a Comment