Blogroll

Tuesday, April 5, 2011

Girlfriend saye seekor serigala!!!!!!

Assalamualaikum!

Hai hai hai..

Dengan ini, saye mengisytiharkan bahawa telah habis ,menonton cerita korea, My Girllfriend Is Gumiho!!!


Ecece..poster dia tak leh blah..(-_-')

Err..walaupun cerita ni sebenarnya tahun lepas dah tayang, tapi minggu lepas baru aku tahu kewujudan cerita ni.
Sebenarnya aku bukan lah peminat tegar cite2 korea, aku boleh je layan semua cite hatta cerita tamil sekali pun. Layan je.

Cuma aku rasa nak review sikit pasal cerita ni sebab cerita ni sangat comel!!!Serius.

Tapi ade kawan2 aku cakap cerita ni boring. Takpelah, citarasa setiap manusia tu berbeza.



Mempersembahkan, hero dan heroin My Girllfriend Is Gumiho





Lee Seung Gi sebagai Cha Dae Woong

Ye, dia tak hensem tapi sweet.




Shin Min Ah sebagai Gu Mi Ho
Lakonan Min Ah dalam cerita ni sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat COMEL!

Ambik kau, cukup tak perkataan SANGAT disitu untuk menggambarkan betapa comelnya Min Ah yang berlakon sebagai gumiho dalam cite ni. Rosak bahasa melayu aku..fuh. Min Ah ni siap ade lesung pipit pulak tu..*jeles



No Min Woo sebagai Park Dong Joo

Haa..yang ni hensem. Tapi watak dia sebagai hero ke-2 lah. Tapi bila tengok empat puloh empat kali aku rasa dia tak hensem pulak..*garu kepala


Sinopsis

Cha Dae Wong ni cuba lari daripada atuk dia yang kaya raya, semasa menghantar dia pergi sesuatu tempat (kat mana ntah aku lupa) supaya dia ubah sikap jadi matang sikit. Entah macam mana, dia leh terjumpa serigala berekor 9 yang terperangkap dalam sebuah lukisan di sebuah kuil, yang berumur 500 tahun.


Ekor 9!!!Gebu la ekor dia..;p


Tanpa mamat ni sedar, dia terbebaskan serigala dalam lukisan tuh, dan bertukar menjadi seorang perempuan yang jelita lagi menawan. Mamat ni pun cabut lari lah, sebab dia memang takut gila time tu.

Malang memang tak berbau, sebab waktu dia lari tu, dia terjatuh dan cedera teruk . Gu Mi Ho ni yang rasa terhutangkan budi kat dia,maka dia selamatkan wong tu, dengan bagi bead dia(aku rasa macam azimat serigala) kat Wong.

Then, Gu Mi Ho ni ikut je mana wong pergi, sebab azimat tu dia kena amik balik bila wong dah sembuh betul2. Masa ikut tu, memang kelakar la sebab Mi Ho ni suka sangat makan daging lembu. Wong pun terpaksa je la melayan dengan beli daging lembu kat minah tu..



Suka makan daging, yelah dah nama serigala takkan nak makan lobak pulak..haha

Pas tu, dipendekkan cerita, (sebab aku malas nak tulis panjang2) Mi Ho ni buat perjanjian dengan wong supaya tolong simpan azimat dia sampai 100 hari, dan Mi Ho boleh bertukar jadi manusia. Dalam masa yang sama, dia kena stay dengan wong. Dalam masa 100 hari tu diorang jatuh cinta dan mengalami pelbagai dugaan dan rintangan.

Err.. ending dia korang kena gi cari la cerita ni. Tengok sendiri. Hehe.

x)

Cerita pasal serigala berekor 9 ni memang cerita mitos kat korea. Kiranya kalau kat sini macam cerita genre bawang putih merah la.

Ok, thanks sudi baca.
Daa~~

2 Orang Macho komen:

Farhana Sahri said...

sy suke plakon korea...comel2 n nsem2..hahahaa

Fatihah said...

haha..betul, comel2 belaka..x)