Semasa blogwalking baru2 ni, aku terjumpa blog seorang pecinta haiwan. Dan ada sebuah entry dalam blog ni yang sangat menarik perhatian aku, pasal menjadikan haiwan sebagai hadiah. Kupasan dia menyedarkan aku tentang persoalan dalam kepala aku sebelum ni.
Adakan haiwan peliharaan sesuai dijadikan hadiah?
jawapannya adalah TIDAK.
Tapi kitten atau puppy kan comel.. kenapa pulak tak boleh jadi hadiah? lagipon kawan aku suka gila kucing.
Suka kucing satu hal. Sapa tak suka tengok kucing yang gebu-gebu, mata bersinar-sinar, manja-manja. Tapi yakin ke yang kawan ko tu boleh jaga kucing? Puppy, memang lah comel, tunggu dia besar sikit nanti,dah lasak, baru kau nampak dia comel ke tak.
Ala... dia penyayang. Lagipon suka gila kat kucing. Mesti dia boleh jaga kucing tu punya.
Kau salah sama sekali. Suka kucing tak sama dengan boleh jaga kucing. Nak menjaga kucing menuntut sesorang itu mempunyai kesabaran, ketekunan, masa dan wang ringgit untuk diperuntukan kepada haiwan tersebut. Dengan makanan dia tiap bulan, perubatan, vaksin, kebersihan, supplement, dan macam-macam lagi keperluan diperlukan oleh kucing itu selain dari kasih sayang dan belaian manja.
Kalau kau tak jaga kucing tu elok-elok, lama-lama bulu dia dah tak gebu lagi, bulu gugur merata rumah, kutu, kudis, sakit mata, busuk, kepam... masa tu kau tengok lah kawan kau suka kucing ke tak sebenarnya. Silap haribulan dia masukkan kucing tu dalam kotak, hantar jauh-jauh.
Tak ke kejam namanya tu?
Percaya atau tidak, 90% dari haiwan yang dibeli di petshop berakhir di tempat perlindungan haiwan, atau di iklankan semula di laman web untuk di 'let go'. Kenapa?
1. Masa beli tu nampak haiwan tu comel je, lincah dan gebu. Beli sebab terpikat lah kononnya. Masa tu tak terpikir lagi perihal penjagaan haiwan tersebut.
2. Beli sebagai hadiah sempena birthday anak. Tak pikir ke anak 6 tahun tu, pandai ke nak jaga puppy/ kitten/ rabbit???
3. Bila haiwan makin besar, dia makin tak comel pulak. Puppy memang comel, tunggu dia jadi anjing betul. Dengan attitude dia lagi (kalau tuan dia tak train la), baru kau nampak comel ke tak. Rabbit pon sama, most yang jual kat pershop tu bukan pure sangat, mix breed je pon. Mix breed ni, kalau nak tau, lebih kurang macam arnab daging aje. Dia bukan baka dwarf/ petite. Maknanya bila dia dewasa, dia boleh jadi BESARR! Time tu memang lah tak comel dah. Tapi nak buat rendang arnab memang nampak sedap~ =P
4. Kebanyakan orang yang beli haiwan kat petshop adalah impulse buying. 99% dari mereka kurang atau tidak buat research pon tentang haiwan berkenaan. Jadi mereka tidak bersedia mental, fizikal, masa dan kewangan untuk haiwan tersebut. Bila dah beli, baru realize haiwan tu guna banyak duit, haiwan tu banyak makan, haiwan tu banyak berak, berak dia busuk, haiwan tu suka cakar-cakar, haiwan tu itu ini, begitu begini. Mengapa? sebab dari mula, sebelum kau beli, kau tak prepare.
5. Haiwan bukan barang dagangan. Ini tak ramai yang sedar. Sebab ada duit, main beli aje haiwan tu. Bila dah taknak, main hantar je ke shelter. Hei, dia makhluk hidup lah!!! Bukan alat permainan untuk korang main campak ke sana ke sini!
Berbalik kepada soalan asal, adalah haiwan sesuai dijadikan hadiah, jawapannya tetap TIDAK.
Korang pikirkan lah benda lain nak buat hadiah. Dalam toysRus tu ada patung kucing yang boleh react bila kita usap. Lagi senang nak jaga, tak berak, tak makan, tak payah mandikan, tak payah potong kuku, tak payah train. Dia nak bateri AA aje 4 ketul.
Aku pernah cerita kat entry sebelum ni bahawa aku telah menghadiahkan sepasang guinea pig sebagai hadiah besday untuk adik bongsu aku tanpa berfikir panjang.Makanya aku sangat bersetuju dengan entry ini kerana apa yang ditulis sangat benar. Sebab adik aku memang eksaited dan berjanji nak jaga elok2 waktu dapat guinea pig tu, tapi after a month dia end up lost interest dan guinea pig tu terabai macam tu je. x'(
Dan untuk tebus kesalahan aku tu, aku yang jaga guinea pig tu sekarang. So, lepas ni kalau nak beli hadiah ke apa untuk orang tersayang, tolonglah beli benda selain dari pet ni. Sebab pet tu datang dengan tanggungjawab, bukan kecomelan pet itu semata2. Kalau bersedia nak bela pet, biarlah kesediaan itu datang dari hati. Bukan dari orang lain.
Sebab haiwan ini makhluk bernyawa yang mempunyai perasaan macam kita jugak. Kalau korang kat tempat
pet tu sendiri macam mana?
*************
Oh ya, waktu aku melawat website feveret aku PETFINDER tadi, ada orang post pasal nak bagi adopt persian cat mixed domestic long haired.
Aku nak tolong promote ni. Haha. Nama kucing ni jojo, jantan ye. Hensem gila kucing ni. Owner dia nak let go dengan harga RM150 sebab parents dia tak suka kucing katanya. Kalau aku dah keje memang aku nak adopt kucing ni. Comel sangat. Kalau ada pecinta haiwan kat sini berminat klik sini eh.
Aku tak kenal dan takde kaitan pun dengan owner dia, tolong dia promote sebab kucing ni comel sangat. Haha.
Dan ingat, jangan korang adopt jojo ni semata2 nak bagi hadiahkan kat orang lain ok. Sila adopt dengan kesediaan sendiri. x)
7 Orang Macho komen:
alololo.
tomey je.
jom singgah belog fyna.
ade segmen.
:)
comeyyyyyyyyyyyyy nyeeee :) nk bole? hehe
fyna
okeh..thanks singgah sini. x)
sumaiyah
boleh je. gi la tanya kat owner dia. haha
kalau kat aku, boleh hadiah pet..hahahah...tp jgn kasik ikan, aku tak reti jaga ikan..nty aku belai2 ikan tu dlm akuarium..
patut la ikan aku cepat mati..tak boleh belai ikan rupenye...hehehehe
hahahaha...sengal ko dati. mana ko belajar belai2 ikan ni?sakit perut aku gelak.
dulu aq igt nk bela sugar glider.. tapi bila aku "muhasabah" diri aq balik, aku rasa yg aq belum bersedia... hu~...
oh..patut la ko tak beli2 lagi sugar glider tu. betul gak, kalau ko tak bersedia tak payah la. huhu
Post a Comment