Assalamualaikum.
Hari ni sehari 3 entry aku taip. Hebat? Hahaha.. Orang lain sepuluh entry tak bising pun.
Well, korang leh kata aku bosan sekarang, sebab aku asyik check smp yang takde progress tu membuatkan aku terasa mahu berfikir.
Sebagai blogger, apa reason korang follow sesuatu blog? Sebab blog tu famous? Blogger cun atau kacak? Atau entry dia memang gempak?
Kenapa? Aku menyoal diri sendiri sambil dipandang oleh cik rumate yang mungkin menyangka aku sudah gila kerana bercakap sendirian.
Dan sudahnya setelah berguling2 dalam bilik sambil ditemani ‘anak2’ aku yang terchenta, aku dapat list kan beberapa reason yang aku sendiri.
1)Entry ada isi, sempoi, klaka
Blog jenis ni memang susah aku nak jumpa. Tapi sekali aku dah baca, terus aku follow dengan perasaan berbunga-bunga seperti dilamun cinta. Terima kasih kepada blog sperti ini kerana menambah bahan bacaan aku. Penulisan yang santai, bahasa melayu tak baku sangat dan sangat sempoi. Dan kadang2 entry dari blog macam ni membuat aku berfikir panjang, kiranya macam meransang sel neuron aku untuk bergiat secara aktif. Ko ingat senang ke nak buat aku baca blog orang, dan berfikir dengan mendalam?
2) Blogger cun/hensem
Ehem2...lumrah la manusia, suka tengok benda yang cantik2. Betul tak? Cantik itu seni. Haha. Blog yang suka post gambar besar gedabak, dan kadang2 ada pakej penulisan yang baik. Kalau entry dia biasa2 je, aku layan gambar jelah.
3)Blog kawan2
Haa..yang ni memang masuk list wajib aku la. Blog kawan2 yang memang aku kenal. Aku suka baca sebab nak tahu perkembangan semasa diorang.Tengah cuti ke, ade pakwe baru ke, nak kahwin ke kalau kawan2 aku ni tulis kat blog kiranya aku tahu la. Aku ada bakat jadi stalker yang berjaya korang tahu. Hahaha. Tapi ikut jugak, sebab ada je sesetengah blog kawan2 aku ni guna shortform yang melampau2, lantas aku berasa sakit jiwa dan dengan pantas terus klik pangkah kat bahagian atas sebelah kanan. Fuh. Jangan harap la aku baca kalau dah macam tu keadaannya. Baik aku call terus tanya kabo dia camne dari aku sakit jiwa nak terjemah segala bapak shortform yang ade kat situ. Eh, kenapa ini dah jadi luahan perasaan?haha
4)Blog femes
Blogger femes amos ni selalunya aku jumpa dari entry orang lain takpun dari magazine atau sewaktu denganya. Well, dah nama femes dan mempunyai pegikut ribu riban kan. Mestilah menjadi perbualan hangat. Tapi ikut keadaan gak la, blog tu femes atas dasar apa. Kalau macam blog fatin liyana, cik epal atau hanis zalikha tu off course la aku ikut. Tapi kalau femes mcm adinda evans tu, jauh panggang dari api la aku nak baca. Baik aku baca blog serius.
Kadang2 tanpa aku sedar aku follow je blog yang aku rasa aku nak follow. Korang leh kata aku ni jenis tak memilih sangat. Kadang2 kalau ada request kat shoutbox mintak aku follow, aku follow je tanpa banyak hal. Tapi kalau datang angin malas aku dari selat selatan, sorry la tak dapek den nak menolongnya.
Sesetengah blogger ni memang cerewet sikit kalau nak follow ni. Hak masing2.
Korang pulak macam mana?
8 Orang Macho komen:
erm..
saye suke blog yg de info x kira la pasal pe pn bukan blog peribadi yg macam diari..
hahaha
yupp..btw suka baca blog yg lain dr yg lain..unik..huhu,yeahh agree dgn kriteria no 2 tuh..lumrah kutt n byk information...
hana
haha..betul, tapi kadang kalau saya buang tebiat blog yg macam diari pun saya baca.
timah
eh, ko singgah sini?tak percaya pulak..haha
sepakat dengan point pertama. ;)
err..gelak part blog adinda evans..but seriously, point tu mmg btol..
nc
haha..thanks.
syahir
eh, akak buat lawak ke?haha..;p
HAHA peh, macam mana aku nak improve sampai ko follow ni...KAH3....
gua sokong dan aku pun menjalani benda yang sama.
*aku tambah, blog yang cantik menawan..euwww....:P
woi, aku dah follow blog ko lama dah la...haha. masuk kategori mana dari atas pun aku tak tahu. tiada kategori mungkin?;p
Post a Comment