Blogroll

Monday, June 6, 2011

Projek Z

Assalamualaikum.

Aku tengah bosan ni. Nak keluar meroyan, nanti duit habis pulak. Sem baru pun tak start lagi, nanti hujung sem depan berbuih pulak aku sebab kena ikat perut. Jadi apa yang perlu kita buat kawan2? Antara aktiviti yang dipertimbangkan;

  1. Tido sehingga bengkak mata- Oh, cadangan ini tidak berapa bernas, memandangkan aku tak leh tido lately, kerana memikirkan masalah negara
  2. Online sampai lebam- Ala, bosan gak..balik2 fb, blog....bosan2. 
  3. Berjoget tanpa henti- nak mampus? haha...
  4. Tengok tv- tv rumah ni rosak la..adeii..
  5. Berbual2 dengan anak2--hmm...ini sangatlah bernas.
Tengah kami bersembang mengenai masalah negara, tetiba ucop berkata

Ucop: Mama mama...ucop teringin la nak berphotoshoot. Ucop suka tgk Projek X yang annas tu buat. Ucop nak join!!

Chubby: Eeei..chubby tak nak lah mama, nanti chubby femes.

Kiki: Kiki rasa, kiki on je mama. Hik hik

Aku: Hah, demand gile ko ucop.. tak boleh! 

Ucop: ala mama ni, tak sporting..sob sob.*ucop mula menangis tersedu2

Aku mula cuak. Ala, dah la ucop ni tak makan pujuk. Dia makan carrot je. Apa nak buat ni?

Tiba-tiba..hah, ucop!mama ade idea...biar mama tangkap gambar ucop nak?

Ucop: Mama mana ade kamera. Tak kan nak pakai kamera handset mama yang cikai tu? Tak nak lah ucop..tak de stail. ucop nak dslr.

Aku: Kuang hajau punya budak..aargh, mama tak kira.


Makanya aku terpaksa menjadi photographer yang tidak bertauliah. Ye adik2, jangan cuba aksi2 ini dirumah. ;p
Dengan berbekalkan camera handset cikai bak kata ucop, maka terhasillah gambar di bawah:




paling pandai posing budak ucop ni..=;=

dalam keterpaksaan

alolo comel..pakai sepit rambut sape tu?haha




kita berpisah jelah.._dramatik korang ni..haha




Haha..tak semenggah korang kena baca entry syok sendiri aku ni. Ni akibat daripada bosan, salah kan bosan, jgn salah kan aku. Ngeh ngeh.

*semua dialog rekaan semata2 tiada kena-mengena dengan kecelaruan jiwa.

Daa~~

Related Posts:

  • Jiwa lara...kih kih. Rinduuuuuuuuuu!!!! Siot betul bila homesick menyerang waktu studi week begini. Jiwa kacau. Otak beku. Fine. Baik tido je. Bye. … Read More
  • 2011 in memories~Pejam celik pejam celik, dah masuk tahun baru. Rasa baru semalam je aku habis spm. *ecece bajet muda kau fatihah. Haha. tahun ni merupakan detik per… Read More
  • Penat.Kadang2 aku rasa aku ni lembut hati sangat dengan manusia yang aku tak suka...*sigh At the end of the day, aku yang penat menahan rasa. Dear cik h… Read More
  • Risiko. Bila manusia tak dikenali sedekah coklat... Kalau korang berani makan tak? Aku tengah lapar ni...*tepuk perut dengan perlahan. … Read More
  • Gadis Itu. Gadis itu, Telah jatuh hati kepada jejaka impian, Menjadi pemuja berpaksi hati yang tidak keruan, Sering menyimpan angan-angan, Menabur harapan b… Read More

3 Orang Macho komen:

Pha Is said...

ko try la buat macam blog my milk toof. contoh karya beliau : bored game

Fatihah Mustapa said...

haha..kreatif gila blog tu, cute.
thanks faiz, kalau ada masa aku try.

abdooss said...

haha :)