Kadang2 aku rasa bila aku menulis blog ni, aku perasan macam tak akan ada sape yang baca blog aku. Aku rasa macam aku tengah bercerita dekat orang yang aku tak kenal. Haha, paham tak perasaan tu macam mana? Atau aku je yang yang syok sendiri macam cinta yang bertepuk sebelah kaki?
Aku juga mempunyai perasaan rendah diri bahawa blog aku tak kan ada sape yang teringin nak tengok. Tak de stalker. Kiranya aku rasa yang wujud hanya aku dan blog ini. Nothing else.
Then bila aku dapat tahu abah aku sendiri yang entah macam mana boleh pulak sampai ke blog ni, aku dah jadi cuak. Aku jadi tak sedap hati untuk terus meluahkan perasaaan melalui keyboard yang berhabuk ni.Haha. Tapi bila aku fikir2 balik, aku tak buat salah apa2 pun, apa nak dicuakkan. Aku hanya bercerita mengenai apa yang aku rasa. Dan aku tak pernah mengutuk sesiapa yang aku kenal secara terbuka kat blog ni, secara berkias mungkin.
So aku decide nak teruskan berblogging selepas menimbang-nimbang sama ada nak private atau delete terus blog ni. Tak susah pun nak buat keputusan tu sebab aku sayang blog ni sebenarnya.
Baru2 ni, bila aku bercerita pasal nak tukar kos kat sini, aku agak terkejut bila dapat separuh daripada cousemate aku sudah tahu rupanya. Selidik punya selidik, rupa2nya diorang baca blog aku. Buddy aku pun baca blog aku. Adei..haha. Tulah, menaip entry tak mau beringat. Nasib baik aku tak melampiaskan rasa tak puas hati aku kat dalam ni. Nasib baik aku tak da kutuk diorang secara terang-terangan. Hahaha.
Aku lupa yang aku ada letak link blog kat fb. Haha. Dan function fb like tu sangat besar ertinya.
Seriously, kadang-kadang aku lupa bahawa sesiapa je leh baca blog ni. Kepada kawan2 aku yang masuk blog ni, terima kasihlah. Aku tau korang ambik berat pasal aku, kan?Aku positif ni. Tak nak berprasangka bukan2. Aku tahu korang sayang aku. HAHAHAHA. Ok, dah perahsantan.
Apa yang aku taip kadang2 tak seperti diri aku kat dunia realiti. Sebab dalam kepala aku ni, kadang2 tak terluah dengan kata2. Kena dimuntahkan melalui penulisan aku yang tak seberapa.
I only know how to do things 3 ways: the WRONG way. the RIGHT way. and MY way. Which is really the WRONG way, only faster!
5 Orang Macho komen:
hahaha....baru ko tau ...
aku pun xtau sape tah readers aku.
hahaha..tulah. ghasak lah. malas aku nak pikir. ;p
hahaha =x surprise kan tiba tiba satu kelas baca
betul!!!!!!haha..serius sgt tak best sebenarnya.
aq lagi best... orang yg aq dok perli kaw2.. rupa2nya top visitor blog aq... hahahaha.. tapi aq buat bodo je... dh alg2 dia top visitor, bagus la tuh... at least dia tau apa yg org dok fikir pasai dia... kakakaka
Post a Comment