Blogroll

Friday, April 22, 2011

Terkejut lihat doktor hospital kerajaan bertugas 34 jam

Terkejut lihat doktor hospital kerajaan bertugas 34 jam

SAYA bersetuju dengan pendapat 'suami doktor' yang disiarkan pada 13 April lalu bahawa kebajikan doktor diabaikan. Pengalaman saya ketika menjaga ibu di wad, mengesahkan andaian ini. 

Seorang doktor muda yang ‘on-call’ melaksanakan tugas murninya dengan penuh dedikasi sepanjang malam dan keesokan harinya. Apabila saya bangun dari tidur, doktor berkenaan masih berada di wad itu. Raut wajahnya kelihatan tidak ceria ketika bertugas pagi itu, yang memberi isyarat bahawa beliau kepenatan.

Yang mengejutkan saya, tugas doktor muda itu tidak terhenti pada pagi itu saja, tetapi berlanjutan sehingga jam 5 petang. Cuba bayangkan profesion apakah dalam dunia ini yang menuntut pekerjanya bekerja 34 jam tanpa henti?
Dalam kepenatan, sudah pasti beliau tidak mampu memberi tumpuan kepada tugasan yang diberikan. Apakah jaminan beliau tidak melakukan kesilapan ketika menjalankan tugas? 

Kita tidak mahu melihat malapetaka menimpa pesakit akibat kesilapan yang mungkin dilakukan.
Saya juga pernah terjumpa seorang doktor yang terbabit dalam kemalangan ketika pulang dari bekerja. Beliau tertidur seketika kerana terlalu penat dan mengantuk kerana malam sebelum itu beliau ‘on-call’. Beliau masih bernasib baik kerana hanya mengalami cedera ringan, walaupun keretanya rosak teruk. 

Nasib baik juga kerana tiada kehilangan jiwa berlaku. Bagaimana sekiranya kemalangan itu membabitkan kematian? Mungkin selepas berlakunya malapetaka sebegitu barulah pihak bertanggungjawab ada sedikit keinsafan untuk menyemak semula pelaksanaan prosedur lapuk di hospital di negara ini. 

Jarang sekali kita nampak keluhan daripada doktor sendiri dalam akhbar berhubung kebajikan mereka. Adakah doktor tidak mempunyai saluran untuk mengadu hal kebajikan mereka? 
Kita juga tidak pernah mendengar sebarang pembelaan daripada Menteri Kesihatan sendiri yang membela nasib doktor dari segi kebajikan atau waktu bekerja.
Justeru, tidak hairanlah berlakunya penghijrahan doktor ke hospital swasta



Sumber




Fuh..memang menaikkan 'semangat' aku betul time nak amik exam macam ni. (-_-')


Nak tukar kos boleh?-soalan mintak pelempang..MySpace
Jap jap. habis tu sape nak jadi laki aku nanti?hahaha...takde sape nak kawin dengan doktor la camni?haha..


Ok, bye.

Related Posts:

  • Cici dan BanjirSemalam aku telah menyebabkan rumah banjir. Tak, ini bukan pasal banjir kat Kedah, tetapi banjir kat Bidor. haha..Ceritanya cam ni..Mak aku baru beli … Read More
  • Tak nak balik boleh tak?Sapa cakap boleh aku belanja ABC.Betul ni, tak tipu.10.47 pagi.Aku tak kemas beg lagi, nota pun tak habis baca, tak makan lagi..oh yaa, sebenarnya aku… Read More
  • Ini Biasa1.51 pagi.Dah 2 jam aku bangun, mengadap note, tapi satu benda pun tak masuk kepala. Aaargh, rasa serabut. Aku tak paham dengan benda apa yang aku bac… Read More
  • Baru sedar.Sabtu? Aaargh, someone please make time stop right now!Esok kena balik UPM..isk, isk..x(… Read More
  • RumahGambar selepas habis assestment CNS.Aishh, aku fail CNS!! Dengan tak bergayanya. (T_T) Aku tak tahu apa akan jadi dengan final aku..nampaknya aku ken… Read More

7 Orang Macho komen:

syukrihasshan said...

salam..dah lama tak jenguk belog hg. hahhahaa..aku adalah syukri...

Pha Is said...

gplover... hahaha... pulak dah... aq rasa pharmacist x teruk sgt kot.. sbb tu aq amik pharmacy dari medic... sbb bnde2 yg mcm ni la... on call memanjang... klau boleh nk bnyak masa dgn fmily... hahaha... klau mcm ni la bakal doktor, aq rsa, kwen pon blom tentu.. hehehe... lwak ja... klau jodoh sampai, insyaAllah, ada la nnti tu...

Fatihah Mustapa said...

QUEENPINK

insyaallah..thanks. x)

Fatihah Mustapa said...

Mr. Straw?

eh, anda pun tukar nama ke?haha.. ;p

Fatihah Mustapa said...

pha is

gplover tu stands for guinea pig lovers..haha.

aku tak tahu la, kadang2 aku rasa lost kat sini.
hmm..

Fatihah Mustapa said...

pha is

gplover tu stands for guinea pig lovers..haha.

aku tak tahu la, kadang2 aku rasa lost kat sini.
hmm..

Pha Is said...

aq pon lebih kurg gak.. lost.. skrg aq just follow the flow jew..