Blogroll

Saturday, June 4, 2011

Hitam atau putihkah anda?

Assalamualaikum

Hari ini, aku rasa nak buat entry yang berilmiah.

Ok, mari mulakan.

Korang pernah wonder tak kenapa kulit manusia ni pelbagai warna?Bukan warna-warni eh. Maksud aku, kenapa ada manusia yang kaler putih, ade yang kaler coklat sikit, and ade yang gelap?  



Kulit atau skin adalah the largest organ of our body. Aku rasa kebanyakkan dah tahu la kan, sebab ada belajar waktu sekolah menengah dulu.

Kulit manusia berbeza disebabkan pigment yang dipanggil melanin. Lagi banyak melanin ni kat kulit ko, lagi gelap la jadinya. Melanin terhasil daripada cell melanocytes, melalui proses yang dipanggil melanogenesis. Jumlah melanin yang dihasilkan oleh setiap manusia adalah berbeza, disebabkan faktor genetik. Sebab tu warna kulit kita berbeza-beza. Melanin ni jugak ade kat rambut, dan berperanan menentukan warna rambut korang.



What?Melanin makes my skin darker?
Then....I hate melanin!!!!!



Eh eh eh..jap2. Jangan la cakap macam tu. Jangan la benci melanin semata2 cik melanin ni buat kulit korang gelap.cik melanin ni baik tau. Korang tahu, kebaikan utama melanin ini adalah dia melindungi kulit korang daripada sinaran uv yang berbahaya. Lagi banyak melanin ni, lagi kurang risiko korang nak dapat kanser kulit. Dan, bila yang berkulit gelap ni pergi bermandi-manda kat tepi pantai atau berjemur bawah matahari yang terik, mereka susah nak dapat sunburn. Pendek kata, kulit gelap ni tahan lasak, tak manja macam kulit putih.

Maka, bersyukur la dengan apa yang kita ada. Putih disinonimkan dengan kecantikan, tapi sapa kata hitam tu tak menawan? For me, aku lebih attract dengan lelaki kulit gelap sikit, compare to yang putih sangat. Contoh putih sangat ni macam along aku.


Si putih.



Again, bersyukur. Setiap apa yang Allah jadikan tu, ada kekurangan dan kelebihannya. Kita manusia ni kadang2 tak nampak, dan terlalu mengikut perasaan semata2. 

Ok, bertemu lagi dalam sesi ilmiah bersama aku. Hahaha.. 

nota tangan---->esok nak gi pet fair kat mid valley, sapa nak ikut..;p

Daa~~

Related Posts:

  • Pot pet pot pet.Terlalu selesa berada dirumah. Terlalu selesa sampaikan aku menelan 2 biji panadol dan tidor seperti bayi sepanjang hari akibat rutin sakit setiap bu… Read More
  • Model Berbayar Starring:  Aku: Chubby, Ucop..mama nak mintak tolong boleh? Chubby: Tolong apa mama? Aku: Nak korang jadi model untuk luk… Read More
  • Lukisan Budak Universiti. Because of colouring and drawing are too much fun, I can't help myself. Muahaha. Kalau boleh bezakan mana satu chubby, mana satu ucop, maknanya… Read More
  • Damai di hati.   Wajah ummi dipandang sepi. Bebelannya bagaikan angin yang masuk ke telinga kanan, tersumbat tak keluar-keluar di telinga kiri. "Ummi, … Read More
  • Close enough! Tadi masa teman mak aku shopping kat pekan, aku ternampak water colour yang selalu aku guna waktu sekolah rendah dulu. Dan, disebabkan bosan membina … Read More

4 Orang Macho komen:

Mek Onie said...

setiap kejadian pasti ada hikmahnya :D

Fatihah Mustapa said...

betul2..x)

Cik Puan iLa said...

takpe,hitam menawan..hehe

Fatihah Mustapa said...

Cik Ila

hitam itu manis..x)