Blogroll

Saturday, June 4, 2011

Hitam atau putihkah anda?

Assalamualaikum

Hari ini, aku rasa nak buat entry yang berilmiah.

Ok, mari mulakan.

Korang pernah wonder tak kenapa kulit manusia ni pelbagai warna?Bukan warna-warni eh. Maksud aku, kenapa ada manusia yang kaler putih, ade yang kaler coklat sikit, and ade yang gelap?  



Kulit atau skin adalah the largest organ of our body. Aku rasa kebanyakkan dah tahu la kan, sebab ada belajar waktu sekolah menengah dulu.

Kulit manusia berbeza disebabkan pigment yang dipanggil melanin. Lagi banyak melanin ni kat kulit ko, lagi gelap la jadinya. Melanin terhasil daripada cell melanocytes, melalui proses yang dipanggil melanogenesis. Jumlah melanin yang dihasilkan oleh setiap manusia adalah berbeza, disebabkan faktor genetik. Sebab tu warna kulit kita berbeza-beza. Melanin ni jugak ade kat rambut, dan berperanan menentukan warna rambut korang.



What?Melanin makes my skin darker?
Then....I hate melanin!!!!!



Eh eh eh..jap2. Jangan la cakap macam tu. Jangan la benci melanin semata2 cik melanin ni buat kulit korang gelap.cik melanin ni baik tau. Korang tahu, kebaikan utama melanin ini adalah dia melindungi kulit korang daripada sinaran uv yang berbahaya. Lagi banyak melanin ni, lagi kurang risiko korang nak dapat kanser kulit. Dan, bila yang berkulit gelap ni pergi bermandi-manda kat tepi pantai atau berjemur bawah matahari yang terik, mereka susah nak dapat sunburn. Pendek kata, kulit gelap ni tahan lasak, tak manja macam kulit putih.

Maka, bersyukur la dengan apa yang kita ada. Putih disinonimkan dengan kecantikan, tapi sapa kata hitam tu tak menawan? For me, aku lebih attract dengan lelaki kulit gelap sikit, compare to yang putih sangat. Contoh putih sangat ni macam along aku.


Si putih.



Again, bersyukur. Setiap apa yang Allah jadikan tu, ada kekurangan dan kelebihannya. Kita manusia ni kadang2 tak nampak, dan terlalu mengikut perasaan semata2. 

Ok, bertemu lagi dalam sesi ilmiah bersama aku. Hahaha.. 

nota tangan---->esok nak gi pet fair kat mid valley, sapa nak ikut..;p

Daa~~

Related Posts:

  • Apabila photoshoot bersama matahari.Assalamualaikum. Ni gambar2 kreatif yang aku jumpa kat tumblr.  Cantik kan? Kreatif betul manusia yang amik gambar ni.&n… Read More
  • BEN ASHAARI CARI ENTRI BEST klik sini untuk maklumat lanjut. Entry yang menjadi pilihan saya, adalah Buah hati saya yang bernama yuka. Saya suka entry ini sebab ianya… Read More
  • Update ke book fair PWTC.Assalamualaikum. Hari jumaat yang lepas, aku telah dipaksa ke book fair pwtc. Ecece, ayat nak dramatic. Tak delah dipaksa, rela je I ikut..(miza jang… Read More
  • IncompleteTadi waktu tgh godek2 folder music, tetiba terjumpa lagu ni. Aku teringat, waktu aku form 2-3 dulu, memang lagu ni agak berhantu bagi aku. Siap hafal … Read More
  • Anak ke-2.Ini adalah note yang copy sejibik dari fb, mengenai perwatakan anak ke-2. Takdelah 100% tepat, tapi ade gak la kena mengena sikit2. Oh ya, fyi, aku an… Read More

4 Orang Macho komen:

Mek Onie said...

setiap kejadian pasti ada hikmahnya :D

Fatihah Mustapa said...

betul2..x)

Cik Puan iLa said...

takpe,hitam menawan..hehe

Fatihah Mustapa said...

Cik Ila

hitam itu manis..x)