Blogroll

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Tuesday, January 31, 2012

HASRULHASSAN.COM - Inilah BlogKu


Klik gambar untuk maklumat lanjut.


Cak! Lama tak join segmen-segmen ni.  Bosan ya amat rupanya cuti panjang macam ni, sebab tak dapat kerja, nak amik lesen pun tak de yang nak sponsor. Sadis betul macam ni. Rasa patah kaki dan jiwa duduk di rumah sambil terbesarkan badan tiap-tiap hari.  .

Haip haip. Muahaha, mula lah tu nak melalut lagi

Kembali ke jalan yang benar.

Aku nampak segmen ni kat blog faiz ni, tahu-tahu je kan aku sebab dia mention nama aku dalam segmen tu. Hoho.. Patut la aku asyik bersin je dari tadi.

Mari mulakan.

1)Nama anda sebagai blogger

Nama sebagai blogger, Miss Guinea. Nak tahu macam mana aku idea nak guna nama ni, klik sini. Nama sebenar aku adalah Cahaya Pembukaan. Hah, translate lah ke bahasa arab sendiri.

2)Nama blog anda

Nama blog? Cerita Tentang Aku seperti yang tertera kat header yang tak berapa nak macho di atas.. 99% content dalam blog ni memang mengisahkan cerita pasal aku, dan 1% lagi menceritakan hal-hal sewaktu dengannya seperti cerita aku frust fail exam misalannya. Eh, jap jap. Fail exam tu pun cerita pasal aku jugak kan? Cis.

3)Tagline blog anda (jika ada)

Tagline? Alamak derr....tak pernah terfikir pun nak buat. Tapi takpe, lepas ni boleh pikir. Contoh tagline Mari Merapu dalam Blog Sendiri dengan Berhemah mungkin? Muahaha....panjangnya tagline aku.

4)Ceritakan bila anda mula berblog, mengapa dan kenapa anda berblog. Apakah inspirasi anda untuk berblog?

Mula berblog pada bulan 2010. Kalau dicongak-congak dan dihitung-hitung dah setahun lebih la aku dah blog. Kalau baby setahun baru boleh berjalan-jalan dan bercakap sikit-sikit kan? Haa, macam tulah blog aku ni. Banyak lagi kena improve.
Sebab-sebab aku berblog? Sebab terpengaruh dengan kawan aku, Idati dan blogger-blogger yang seangkatan dengannya. Aku nak satu medium untuk meluahkan rasa hati. Nak melahirkan satu sisi diri aku yang orang lain tak kenal sebelum ini.  
Inspirasi untuk berblog? Entah..kalau ade cerita gigih la jari-jemari aku menaip, kalau tak bersawang lah blog ni. Senang kata aku bukan blogger tegar sangat lah.


Hah dah siap satu entry. Senang je segmen ni, wahai blogger-blogger yang rajin dan budiman marilah kita join untuk mengeratkan silaturrahim. Ecece, ayat tak boleh blah. 

Till then, bye. (>_<)


Monday, January 30, 2012

My favourite hindustan movie

Aku minat cerita hindustan, tak kira apa tohmahan yang dilemparkan kepada aku kerana meminati cerita-cerita hindustan ini.  Amboi tohmahan pelbagai tak boleh blah dramanya..haha

Setiap kali cuti sem, setiap hari sabtu pukul 2 petang aku dah tercangak depan tv sambil mengawal remote control sepenuh hati. Yea, adik-adik aku sekalian sila ketepi, jangan diganggu-gugat kakak mu yang boleh jadi singa betina ini.

Cerita-cerita hidustan yang menjadi favourite aku dulu, kini dan selamanya adalah:

1) Rab Ne Bana Di Jodi


Movie ni dah lama, masa tahun 2009. Tapi aku baru tengok tahun lepas. Kih kih. Better late than never!  Dalam movie mengisahkan percintaan selepas berkahwin, dimana Suri(Shah Rukh Khan) seorang yang nerd dan lurus cuba mengubah penampilan dalam usaha untuk menambat hati isterinya, Tania(Anushka Sharma). Lagu-lagu dalam movie ni pun sangat best, dan Anushka Sharma ni teramatlah cantik bagi aku. 


Ini adalan my favourite movie so far, sebab cerita dia sweet sangat-sangat. Serius! :D

Antara movie hindustan yang lain yang aku suka layan seperti

2) 3 Idiots


3) Taare Zameen Par


4) I Hate Love Story



So, ade ke kat sini layan hindustan macam aku? Ke semua layan korea je? Muahaha.

Bye.









Thursday, January 26, 2012

Benefit tak cantik.

Kau tahu, benefit jadi manusia yang kurang cantik ini, bila someone confess sukakan kau maka kau tahu dia ikhlas. Dia tak pandang dan tak kisah rupa paras kau. Tapi dia sukakan kau sebab diri kau sendiri, how you behave and how u treat people around you.Dia tak pandang kecantikan sebab dia tahu, cantik itu tak akan kekal.

Dan dia tak terburu-buru cuba contact kau, sebaliknya dia akan approach parents kau dulu. Dia tak kan sms, call atau seumpama nya untuk menabur janji manis yang menyebabkan diebetis, sebab dia nak miliki kau secara halal. Dia nak kenali kau selepas kahwin, sebab cinta selepas kahwin itu lebih indah.


But the question is, mana nak jumpa lelaki macam ni?    


                                                                            

Friday, January 20, 2012

Model Berbayar

Starring: 





Aku: Chubby, Ucop..mama nak mintak tolong boleh?
Chubby: Tolong apa mama?


Aku: Nak korang jadi model untuk lukisan mama. Boleh?
Ucop: Nanti kami bincang dulu.



Ucop: Pssstt..pot pet pot pet.
Chubby: Ok*angguk kepala


Chubby: Boleh..tapi kami ada syarat.
Aku: Apa dia?


Chubby dan ucop: Kami nak upah yang setimpal.*psiko.
Aku: Eh, demand betul budak2 ni. haha

Ucop: Mama setuju tak?
Aku: Yelah yelah.


Chubby: Nak posing macam ni ke mama?
Aku: Buat je macam mana chubby suka.

Ucop: Mama ucop nak terkencing. 
Aku: Eh budak bertuah ni. Masa nilah pun.


15 minit kemudian.





Aku: Tadaaa.....dah siap!
Chubby: Boleh la tahan..
Ucop: Hmmm..



Aku: Eh ucop tak suka ke?
Ucop: Suka..tapi mana carrot nya mama? Dalam gambar je ada..
Aku: Haha..mama dah makan.
Ucop: .......



Chubby: Mama mama, upah?
Ucop: Aaah, Allah tak suka manusia munafik.
Aku: Eh budak ni. Sabar sabar, mama amikkan.


Aku: Nah.
Chubby: You are kidding me right, mama?
Ucop: ......*speechless


Chubby: Nak merajuk la camni. Tak nak kawan mama.
Ucop: .....*still speechless

Aku: Hahaha...mama tipu jelah.
Chubby: Better you be, mama.

Ucop: Nasib baik ucop tak nangis lagi.
Aku: Haha. Manja.


Aku: Ni haa...carrot sebenar. Ok?
Chubby&Ucop: Yes yes...sayang mama!


Chubby&Ucop: Terima kasih mama!




Aku: Eh sape gigit lukisan mama ni?
Ucop: Ucop yang buat.Dah tadi mama kata mama makan carrot dalam lukisan tu.*selamba

Aku: ....... BUDAK BERTUAH!!!













Wednesday, January 18, 2012

Damai di hati.

 


Wajah ummi dipandang sepi. Bebelannya bagaikan angin yang masuk ke telinga kanan, tersumbat tak keluar-keluar di telinga kiri.

"Ummi, ainul nak keluar sekejap."

"Hah, nak ke mana pulak tu? Anak dara apa kamu ni Ainul, keluar malam-malam macam ni. Tengok jam tu, dah pukul 11 kamu tahu? Nak ke mana kamu? Ish, kadang-kadang ummi menyesal la bela kamu. Patutnya ummi biarkan je kamu kat rumah anak yatim waktu kamu kecik-kecik dulu. Baru kamu tau tinggi rendah taraf kedudukan kamu tu. Dasar anak luar nikah."

Kata-kata itu menikam hatinya bagai bilah belati yang tajam. Mata, kenapa kau basah lagi? Hati, kenapa sakit sangat ni? Aaah, persetankan semua ini.

Aku terus membuka pintu, membiarkan bebelan ummi berlalu sepi. Motor dihidupkan, dan seperti kebiasaannya, aku memecut selaju yang mungkin untuk menghilangkan galau di hati.

"Dasar anak luar nikah".

Suara ummi bagaikan radio buruk, dimainkan berulang kali.

Aku berhenti di penjuru jalan. Hon bertalu-talu dari kereta yang lalu tidak dihiraukan. Airmata merembes perlahan. Esakan yang ditahan sejak tadi berubah menjadi tangisan sayu.


******


"Ummi, Ainul mana?"

"Entah, keluar tak balik-balik lagi. Tak sedar diuntung budak tu."

"Ummi, dah la tu..kecik hati dia."

"Yang along nak bela sangat dia kenapa? Tak sedar ke dia banyak bawak masalah kepada keluarga kita."

Izham mengeluh perlahan.

"Ummi, bukan salah Ainul. Kenapa Ummi nak mengungkit status dia dari dulu, sampai sekarang? Cuba letakkan diri ummi kat tempat dia, apa perasaan ummi?"

"Izham jangan cuba nak mengajar ummi ya, ummi tahu apa yang ummi buat."

"Tak, ummi bukan macam tu maksud Izham. Cuma..."

"Sudah, pergi naik atas. Dah lewat ni. Biarkan Ainul tu, kalau dia ingat jalan balik, baliklah dia. Kalau tak suka hati dia lah nak pergi mana."

Izham diam. Umminya memang manusia yang keras hati. Kematiannya ayahnya 5 tahun yang lepas mengubah umminya menjadi manusia yang hampir tidak dikenalinya lagi.

Pintu bilik ditutup perlahan. Izham mencapai handset, dan mendail pantas nombor telefon Ainul. Terdengar suara Ainul perlahan memberi salam

"Assalamualaikum."

"Waalaikummussalam. Adik, adik kat mana tu? Dah lewat ni..baliklah. ummi dah risau tu."

"Haha"Aku ketawa sinis." Ye ke ummi risau, ke along buat cerita je ni. Ummi mana pernah risau pasal adik."

"Adik..janganlah cakap macam tu. Adik kat mana ni? Along pergi jemput ye."

"Takpe, adik boleh balik sendiri. Along jangan risau."

Telefon dimatikan.

Aku mengeluh perlahan. Along, antara manusia yang begitu mengambil berat. Sejak kematian abi, kemarahan ummi terhadap aku semakin menjadi-jadi. Aku sendiri tidak ingat sejak bila aku mula sedar status aku sebagai anak angkat dalam keluarga ini, kerana ummi dengan baik hatinya akan mengingatkan aku setiap hari sejak aku mula menjejakkan kaki disini. Aku sah menjadi anak angkat mereka pada usia 2 tahun. Pada usia dimana aku tidak tahu erti kehidupan.

Pada mulanya memang aku menangis. Ummi akan cepat marah, waima atas kesalahan kecil sekalipun yang aku lakukan. Aku amat terasa sekali perbezaan layanan ummi terhadap aku, jika dibandingkan dengan layanan ummi terhadap along. Along ditatang bagai minyak penuh, selayaknya begitu kerana along anak kandung ummi dan arwah abi. Aku ini hanya menumpang. Menumpang kasih dan menumpang sayang. Malah, harta yang dilaburkan terhadap makan minum dan pakaian aku sering kali diungkit oleh ummi.

Cuma, layanan arwah abi terhadap aku membuatkan aku masih bertahan, kerana arwah abi sering meminta aku bersabar dengan sikap umi. Arwah abi dan umi bagaikan langit dengan bumi, kerana arwah abi sangat menyayangi aku dan melayani aku bagai anak sendiri. Sama seperti layanan arwah abi terhadap along. Sering kali aku bertanya kepada arwah abi,

" kenapa abi ambil adik sebagai anak angkat, sedangkan ummi tak suka ainul?"

Dan arwah abi akan tersenyum, dan menjawap perlahan. 

"Ainul, bukan ummi tak suka. Kami memang suka sangat dengan Ainul, jatuh sayang dengan Ainul ketika melihat Adik di teratak kasih dahulu, cuma adik berilah ummi masa. Abi yakin, ummi akan menerima adik sepenuh hati satu hari nanti."

Dan aku hanya menelan kata-kata arwah abi itu dengan pahit, kerana selepas kematian abi, sikap ummi semakin menjadi. Apa salah diri ini sebagai anak angkat? Dosa manakah yang aku harus tanggung sebagai anak luar nikah?

Aku menggeletar kesejukan. Rupanya sudah 2 jam aku disini pinggir jalan ini. Jam tangan pemberian arwah abi menunjukkan pukul 1 pagi. Aku melangkah ke motor perlahan.

Aaah, sudah...tak mahu start pulak motor ni? Cis. 

Tanpa aku sedari, dalam kesamaran dinahari itu, sebuah kereta berhenti di tepi aku perlahan. 

"Assalamualaikum." kedengaran lafaz salam dari pemilik kereta berkenaan.


Bersambung.

Wah, apa kejadahnya aku mengarang cerpen ni. Tengok la kalau rajin aku sambung. Hahaha. Bye.



Lukisan Budak Universiti.

Because of colouring and drawing are too much fun, I can't help myself.
Muahaha.

Kalau boleh bezakan mana satu chubby, mana satu ucop, maknanya aku berjaya lah.
Kih kih.

Bye.

Monday, January 16, 2012

Close enough!

Tadi masa teman mak aku shopping kat pekan, aku ternampak water colour yang selalu aku guna waktu sekolah rendah dulu. Dan, disebabkan bosan membina lemak dirumah, terdetik dihati nak try melukis. Yaa, ayuh kembali ke sekolah!!!

Aku beli satu set water colour, siap dengan berus dan alatan sewaktu dengannya, beserta satu buku lukisan yang besar.

Then, balik rumah aku godek-godek segala picture kat laptop aku ni, dan terjumpa satu gambar ni.

Haaaa, cantik kan!

Maka dengan berdabik dada aku kata kat adik aku 'Ana, nantikan lukisan terhebat dari kakak mu ini!'

Adik aku tarik muka. Cis, tak percaya ya? Takpe takpe.

Kekok jugak la lama tak melukis dan mewarna ni.




15 minit kemudian.




















Tadaa!!!!!!





Adik aku ketawa berdekah tengok lukisan ni. Cis. Adik derhaka.



Oh, baru aku ingat. Patutlah waktu sekolah dulu cikgu lukisan selalu bagi gred C untuk lukisan aku.Fine*sambil mengemas alatan melukis dan mewarna.

Baik layan cite Death Note.

Bye.


Saturday, January 14, 2012

Pot pet pot pet.

Terlalu selesa berada dirumah.

Terlalu selesa sampaikan aku menelan 2 biji panadol dan tidor seperti bayi sepanjang hari akibat rutin sakit setiap bulan.

Aku baru selesai mengulang membaca novel Ungu Karmila. Lepas ni nak mengulang kaji novel2 Ramlee Awang Murshid yang lain. Disebabkan panggilan kerja lama yang diharapkan masih lagi pending, aku dah macam seorang pengganggur yang profesional. Yaa, bosan.

Aku rasa nak karang cerpen la. Boleh menghiburkan hati yang lara ni. Haha.

Kau tengok apa yang aku merapu ni. Waaargh, bye.


Thursday, January 12, 2012

Lawak Kampus

Ok, barang-barang sudah siap dikemas sepenuhnya. Tinggal aku nak balik rumah je. Insyaallah aku balik pagi esok. Lalalala...balik kampung!!!


*******


Oh ya, aku nak kongsi satu kegilaan aku ni.

Kegilaan membaca komik lawak kampus.


Aku mula baca karya KEITH kartunis gempak ni seawal aku tingkatan dua. Aku ingat lagi, masa tu aku pergi latihan bola jaring kat sekolah, waktu petang. Then, ade seorang kawan aku ni, puteri bawak buku ni dan tunjuk kat aku.

Dan aku baca sebelum latihan bola jaring tu mula, dan kesudahannya aku tak join practice pun petang tu sebab asyik baca komik ni. Kah kah kah. Jahat kan aku?

Aku suka lawak kampus ni sebab lawak dia santai. Lawak bodoh. Dulu aku suka beli majalah GEMPAK semata-mata nak baca lawak kampus ni je. Then aku start kumpul komik lawak kampus ni, dari jilid 1 sampai 10.

Mak aku cukup pantang kalau aku beli komik dan seangkatan dengannya. Kalau beliau jumpa sebarang komik kat rumah, dengan rasa tekad mak aku akan buang komik terbabit. Ditambah pulak dengan perangai adinda-adinda aku yang suka membaca, tapi hilang ingatan bila nak simpan balik komik tu. Mengamuk la mak aku nampak benda tu bersepah-sepah dalam rumah.

Makanya, aku beli komik2 ni dan simpan senyap-senyap kat kolej. Habis cerita.

Jilid yang ke-2 aku beli dua kali, sebab kali pertama beli hilang apabila kawan aku pinjam. :(

Jilid 1-10


Yeay sepahkannn!!


Ex-rumate aku dulu tak paham kenapa aku suka baca lawak kampus ni, sebab dia rasa lawak dalam ni tak kelakar. Lain orang lain rasa kan? ;)

Yang penting aku suka. Ngee...Bye.



Merapu sendirian.

Berdondang sayang setelah habis paper algebra 10.30 pagi tadi. Mula-mula memang rasa gembira, tapi lepas makan tengahhari, habis kemas-kemas barang semua, dengan tidak semena-mena aku rasa kosong.

Bertanya kat diri sendiri, betul ke cuti sebulan ni? Macam tak percaya je.

Baru beberapa jam tanpa nota-nota semua aku rasa rindu. Buang tebiat ke apa ni. Haha.Adoi, nak kemas nota2 ni pun aku rasa sayang. Cepatnya 1st sem ni habis.  Rasa singkat sangat. 

Haish, aku rasa tak lama perasaan ni. Nanti after sebulan kat rumah, kau tengoklah nak balik UPM pun aku rasa malas. Haha.

Mungkin ini sebab kebiasaan.


Wednesday, January 11, 2012

Niat.

Lokasi: Perpustakaan Sultan Abdul Samad, UPM.


Masa: Studi week.

Aku membuat kembali tutorial polynomial theory, sambil otak berputar ligat merangka peta minda menyenaraikan theorem-theorem yang berkenaan. Sambil itu, kepala yang tidak gatal dilapisi tudung diketuk perlahan dengan pen, sambil memikirkan kemungkinan soalan final exam nanti.

Oh ya, aku ditemani A dan B di dalam library ini. Asalnya studi group aku dengan si B je, tapi si A join pada saat2 akhir.

Ketenangan pada saat itu diusik dengan suara A berbisik perlahan,

A: Fatihah, carry mark calculus kau berapa? 


Aku: Eh kenapa nak tahu? 


A: Ala, takkan tanya pun tak boleh.


Aku: Bolehlah, alhamdulillah


A: Alah, mesti tinggikan. 


Aku: *eh budak ni. Yang kau ni kenapa? Rezeki masing2 la. 


A: Ala, markah tinggi tak nak bagi tahu.*sinis


Aku: Hmm...*sambil tangan menekan2 kalkulator. B asyik sungguh dengan kerja dia, tak sedar perbualan kami.

A: Tapi kan, ade senior pernah cakap kat aku, carry mark tinggi pun tak guna. Sebab ade satu kes, student ni kalau ikut carry mark dia sepatutnya dia boleh dapat C dah untuk final, tapi bila result keluar dia dapat D.


Aku: Eh? Macam tu pulak. Kesian la kat dia. Tapi apa yang kau cuba sampaikan kat aku ni? 


A: *diam


Aku: pfff...fine.



Tuesday, January 10, 2012

1001 IMAGES OF CAT

Semalam sehari suntuk aku bertapa kat library, dari pukul 10.30 pagi sampai 8 malam. Jam 8 tu dah gerak gi dewan besar, exam calculus. Habis je exam, angkat mata pun rasa tak larat. Balik bilik terus melemparkan diri atas katil. Fuh.

Tinggal paper algebra je lagi, and then CUTI!!!! hohoho.. kali ni barulah merasakan nikmat cuti yang sebenar. Tapi aku ingat nak keje kot. nak amik lesen tak cukup duit lagi.

Kekeke. tak habis exam lagi budak ni sibuk buat perancangan cuti pulak la kan. Agak excited la sebab waktu medic dulu, orang lain bercuti riang-ria, aku kena stay kolej amik paper ulangan. Tiap2 sem muka aku ni la candidate untuk resit exam. Muahaha. Deyyy perempuan ni bukak cerita lama pulak dah.

Ok stop stop.



Main point entry ni, aku nak cerita pasal buku yang aku jumpa kat library semalam. Waktu tengahari on the way nak gi surau library, aku lalu kat tepi rak buku animal science. Kau teka apa yang aku jumpa?

Tadaaaa.......

1001 IMAGES OF CAT

Aku terus je memegang buku tu dengan mata bersinar-sinar.
Lepas solat zuhur, aku bawak buku tu ke meja aku.
Buku calculus tolak tepi jap. Kih kih.

Mari mencuci mata! Eh ni cara aku cuci mata, kalau orang lain, lain la cara dia...haha.Sengal.

Buku ni tak tebal sangat, tapi besar la.


Jom usha kandungan dia!

CHINCHILLA
Wah GEBU nya macam gula2 kapas!

 SPHNYX
Ni takde bulu. Aku panggil ni kucing macho, sebab muka dia ganas woo, tapi dalam hati ade taman. :)


 SCOTITISH FOLD
Yang ni macam ex-pakwe aku yang dulu.


 BRITISH SHORT HAIR
Muka kucing ni bulat macam muka aku. Ngeh ngeh.




AMERICAN CURL
Cuba korang tengok telinga kucing baka american curl ni, unik kan?



SOMALI


Jelitanya!!! Eh ade ke kucing jelita? Ah gasaklah.


BIRMAN

Alolo gebunya leher dia. Meh nak kiss sikit!


Kucing berbulu kerinting. Aku tak ingat baka apa.

Sebenarnya banyak lagi jenis kucing2 dalam buku ni, tapi tak larat la aku nak amik semua gambar guna kamera handset aku yang cikai ni. 


Awww, cekci!


Wow wow wow...kelas kau jah!



Aku dok usha buku tu sambil senyum sorang2, dah macam orang gila. Haha.
Niat di hati nak pinjam nak bawak balik, sekali tengok waa tak leh dipinjam buku ni rupanya...sedih la macam ni.

Rasa macam nak seludup keluar je. Muahaha.

Ok, algebra algebra algebra.
Update blog pulak budak ni. Aiseh. (>_<)

Till then.
Bye.

Sunday, January 8, 2012

22 eh?

Happy birthday to me,
Happy birthday to me,
Happy birthday to me,
Happy birthday to me....*clap2 


6 bulan, kot. 

Menyanyi seorang diri sambil ditemani backup singer iaitu yuka yang berdecit-decit kecomelan lantas menggigit tangan mamanya. Anak derhaka.

Eh, dah 22 tahun ye? Macam baru semalam sambut birthday yang ke-21.

Aku nak meluahkan rasa ni. Aku rasa memang nasib badan  la, sebab setiap tahun mesti birthday aku time final exam, atau final exam mesti nak time birthday aku. Kenapa kau mengekori aku kemana saja Encik Final Exam?*haha emo

Tahun lepas aku sambut birthday sorang-sorang gak, sebab waktu tu aku kena resit paper untuk final exam. Memang sorang2 la aku tercangak kat rumah kat k17 tu sambil mengenang untung nasib diri. Housemate semua tengah bercuti.

Memang takdir.

Fine la kan.

Tahun ini menyabut birthday dengan realiti esok paper calculus! Hip hip hooray aku nervous. Damm.



Eh cheer up la birthday girl!

2 tahun.

Ok2, lets forget about final exam first. I mean for a while, as the entry go on.. Aku nak tanya sekali lagi? 22 tahun? Bila boleh kahwin ni?*tetiba. Hahaha.

  • Macam baru semalam aku daftar masuk darjah satu sambil mendabik dada sebab aku tak menangis pun nak masuk sekolah rendah. Mak aku kata, aku siap suruh mak aku balik lagi. 
  • Macam baru semalam aku ade crush kat seorang budak lelaki ni waktu aku darjah 6. Eh gatal!Haha
  • Macam baru semalam aku genggam slip UPSR aku, sambil menangis kat mak sebab dapat 4A 1 C. 1 C tu, sedihnya macam mati laki time tu. ;p
  • Macam baru semalam aku masuk menengah rendah dengan perasaan bangga kunun2nya dah dewasa. Agaknya.
  • Macam baru semalam aku amik exam PMR, dengan target nak masuk sekolah berasrama.
  • Macam baru semalam aku menangis2 menyesal daftar masuk SMK Raja Permaisuri Bainun, sebab hari yang sama aku dapat tahu aku dapat tawaran masuk MRSM Terendak Melaka. 
  • Macam baru semalam aku jalani kehidupan asrama yang amat penuh suka duka, dan di antara precious moment of my life!*mengesat hingus
  • Macam baru semalam aku dapat result SPM yang cukup2 makan untuk lepas masuk matrikulasi, dan kecewa sebab tak layak nak fly ke overseas.
  • Macam baru semalam aku tekad nak tebus result SPM aku, dengan result yang cemerlang kat matrikulasi.
  • Macam baru semalam aku bermandi air mata sebab tak dapat nak ikut flow dalam bidang perubatan, dan aku tahu aku jerat leher sendiri ambil bidang yang aku tak minat sejak mula lagi. 

Doktor tak jadi. Hehe.

  • Macam baru semalam akulah orang yang paling gembira, kerana dapat tukar kos ke bidang yang sangat aku minati sejak dari sekolah rendah ni. Dan lepas azab menghafal nota tinggi mencecah pinggang aku waktu medic. 
Realitinya hari ini, seorang gadis 22 tahun menaip entry hari lahirnya sambil ditemani note calculus dan algebra tercinta. Sendirian lagi. Tapi Allah kan ada? (>_<)



Haha, along aku share video ni kat wall fb aku. Comel gila.


22.

Ah makin tua nampaknya.


Nak tido, esok kena bangun awal, nak bertapa kat library sambil sambut hari jadi sendiri. Sadis. 

Till then. <3
Bye.

Friday, January 6, 2012

Dehydrate.