Blogroll

Monday, April 25, 2011

The worst condition ever.



  1. Rasa nak menangis sebab exam kurang dari 2 minggu dari sekarang. Fine, sebenarnya dah nangis petang tadi. Tiap2 hari.
  2. Research yg memeningkan kepala, walaupun dr shiran suruh abaikan je research, tapi tak sampai hati nak pas suma kat ahli group yg lain. Susah berhati pendek ni, kalau hati panjang mesti aku dah buat.
  3. Geram, sebab apa yg dibaca, tak leh ingat. Dan rasa fed up gila. Rasa nak maki orang, tapi manusia sekeliling saya tak bersalah. Jadi terpaksa diam seperti orang patah hati bercinta.
  4. Nak mengadu kat mak, mak tak sihat. 
  5. Sedang berpura2 dengan semua orang konon2 tabah, walaupun tiap2 malam menangis sebab rasa down sangat sebab rasa bodoh dibandingkan dengan orang lain yang lulus exam.
  6. Bila kelas revision, terpaksa menahan telinga apabila pensyarah membebel betapa banyak yang aku tak tahu bila ditanya.
  7. Bila JPA nak masuk ni. Eden dah pokai ni.
  8. Jeles dengan kawan2 yang lain sedang bercuti, bergoyang kaki, melancong..aaargh.
Ok, aku dah lepaskan semua. Fuh.

Kadang2, aku rasa aku ni ego dan bongkak. Sebab aku dah biasa jadi top student kat sekolah and matrik(top ke?haha..boleh sepak saya sekarang), bila masuk u aku rasa sgt2 down sangat bila aku jadi dummiest antara semua. Sadis kan. Sampai aku lupa, bahawa ilmu tu milik Allah. Sekuat mana pun aku berusaha, rezeki tu Allah yang beri. Aku buat silap. Dan sekarang bila diberi kesempatan nak betulkan, aku biar je peluang tu berlalu macam tu je. Manusia yang rugi tu adalah aku. Aku kecewa sangat, sampai aku terfikir, patutke aku give up je, dan lepaskan semua. Astaghfirullah, pendek sungguh akal hamba mu ini ya Allah. Memang patut aku kena ulang exam ni, memang padan dengan muka aku sendiri.

Bila aku diuji macam ni, iaitu student yang paling lowest markah dalam batch sendiri, aku rasa sangat berat untuk bangkit. Sangat berat sampai aku rasa macam nak tido, dan tak nak bangun sampai bila2, Aku rasa takut nak hadapi kenyataan, x'(

Sekarang, aku rasa tak nak pikir apa2, studi setakat mana aku mampu, dan tawakal seadanya. Sebab aku dah tak larat nak menangis. Aku penat.

Dan banyak lagi orang yang lagi berat dugaanya dari aku. I know.

Maka aku nak jadi manusia yg bersyukur. Doakan aku.

4 Orang Macho komen:

syukrihasshan said...

bos..rilek la..sometimes kita dibelakang. akan smpai masa kita dihadapan pula. ingat 1 jer. datang mencari ilmu. bukan ilmu mencari kita. daripada kesilapan mematangkan kita.. Yakin dan bersemangat ok!! go go go.. bolehhh ehhhh...

Fatihah Mustapa said...

Thanks syukri..x')

Pha Is said...

sebak aq baca entry ni... sbb aq pon macam tu jugak..!!! huargh..!! (T_T)...
beza gila aq kat U dgn aq kat skolah dulu... kat sini asyik fail jew. paper pagi tadi pon mcm x de harapan nak lulus.
kalo ko give up, aq lagi la x de smangat.. so, x pe.. kita usaha sama2... insyaAllah....

Fatihah Mustapa said...

insyaAllah faiz...
aku doakan ko. x)
thanks okeh.