Blogroll

Saturday, January 22, 2011

Kami sedia membantu, kamilah WONDERPETS!

Assalamualaikum

Oh, hai!
x)

Rasa nak senyum lebar-lebar hari ini. Kenapa?

Well, ingat tak aku pernah cerita yang aku nak hamster sebagai birthday present?
Ianya jadi kenyataan! Jangan risau, aku dah cubit pipi aku berkali-kali bagi memastikan aku tidak bermimpi. MySpace


Housemate aku yang comel, cantik dan menawan yang bagi hadiah ni.(ini adalah pujian berlebihan yang ikhlas kerana terlalu excited mendapat hadiah)...ngeee..

Tapi yang menariknya hadiah ni, waktu diorang bagi hanya sangkar kosong yang comel. Diulangi, SANGKAR KOSONG. Warna pink lagi. Tapi mana hamster di dalamnya?

MySpace

Haha.. masa dapat sangkar kosong tu, i have to admit agak kuciwa la jugak. Nak letak momoko dan kulen ke dalam ni?

Tapi, sebagai manusia yang mempunyai nilai-nilai murni kita mestilah menjaga perasaan orang sekeliling kita sebaik mungkin. (Ceh, tak boleh bla ayat)

Maksud aku, dah orang bagi hadiah, terima jelah. Housemate aku dengan muka sedih mengatakan yang hamster tak sempat nak beli sebab waktu diorang pergi mid valley cari hadiah pagi tadi, pets wonderland tutup sebab tengah renovate.Aku percaya bulat-bulat kejujuran mereka.

Takpelah, lagi bagus aku boleh beli sendiri. Sebab aku risau harga cage tu macam mahal je. Puas gak la aku paksa sorang-sorang reveal harga cage tu, tapi diorang kata Biarlah Rahsia.



Dalam kepala aku dah merangka misi nak membeli hamster.

Nak beli jenis ape?
Bila nak beli?
Kat mana kedai pets yang terdekat?
Bajet pulak berapa?


Nampak sangat aku excited.MySpace

Beberapa jam kemudian, selepas balik dari tayangan movie shaggy dog kat fakulti, aku masuk bilik. Telepon mak sekejap, dan tiba-tiba diorang masuk bilik sambil bawak kotak comel.


Cuba korang teka apa dalam kotak tu.


Dah teka?


Betul, dalam kotak tu terdapat 2 ekor hamster.


Aku dah angkat kening setinggi yang mungkin. Aku pandang tepat-tepat ke dalam mata diorang.Apakah semua ini? Drama apa yang korang cuba mainkan?

Aiseh, dramatik gila aku...hahaha.

Rupa-rupanya diorang sengaja sorokkan hamster tu. Ceh, aku kena tipu hidup-hidup rupanya. Kalau la penipuan tu boleh menyebabkan aku mati, memang waktu dapat cage tu aku dah mati. Hahaha..

Kepada housemate aku yang memang selalu stalker blog ni, thanks sangat2 okeh.OMG, aku memang selalu mewar-war kan dengan lantang yang aku memang nak hamster sebagai hadiah. Tapi itu sebagai gurauan semata-mata. Serius!
Aku memang tak bajet langsung yang diorang beli betul-betul. Oh guys, aku rasa terharu sangat ni. Aku menangis terharu belakang korang tau tak. Sebab tak macho lah nangis depan-depan...ngee..


Hamster yang diperkatakan.

Comelkan cage ni, siap ada reben lagi..MySpace

Eh, tak nampak hamster?

Zoom sikit.


Haaa, baru jelas. Wah, ahli baru A-4-12-3 nampaknya.


Aku asyik cerita pasal pet je kan kebelakangan ni. Huhu, aku memang suka haiwan. Nak buat macam mana. Kalau tak dapat medic dulu, 2nd choice aku veterinar. ;p


Tapi korang tahu, aku baru perasan something,

+ +MySpace

(Oh, anak ayam tu hanya di bela dalam blog ni)



Korang fikir tak apa yang aku fikir?



Ini yang aku fikir.





Aku dah ade pasukan WONDERPETS sendiri!!!

MySpace

Jom nyanyi bersama-sama.


Telefon.. telefon berbunyiii…
Telefonn.. kami datangg..
Telefon.. telefon berbunyiii…
Ade haiwan dalam bahaya.. ade haiwan dalam bahaya…
Ade haiwan dalam bahaya disana..

Wonderpets, wonderpets, kami datanggg..
Membantu binatang dalam kesusahan ..
Kami tak besar dan kami tak kuat..
Bile bekerjasama kami jadi kuat…
Heyy.. wonderpets.. Yeyyyy

Apa yg penting ,,,kerja sama,,,
Apa yg penting ,,,kerja sama,,,



Haha...lepas ni kalau pet korang dalam kesusahan, suruh la pet korang call no ni, 001. For sure wonderpets aku akan membantu!

Tapi ingat, perkhidmatan ini hanya terhad untuk haiwan sahaja..MySpace


;p...daa~~


p/s----> ada sesiapa nak hadiahkan aku anak ayam real?MySpace

























5 Orang Macho komen:

aKU maNUsiA beRpeRaSaaN said...

hahahahh sangat caghe......
mesti ko ni sangat best sampai housemate ko sanggup belikan hadiah yg paling bermakna..huhuuuhuh
dapat pets as a gift? that's a lot!~

cheers!~

Fatihah said...

aKU maNUsiA beRpeRaSaaN

haha..entah, aku macam ni lah.

sebenarnya diorang yang sporting, siap beli makanan hamster dan serbuk kayu sekali..
huhu..i love them.
syukur sgt2 dapat housemate yang caring.

thanks selalu singgah sini.x)

babe.kyz said...

ouch. hamster? my ex-roomate pena belikan juga ni..tapi sye tak suke haiwan..include tucenk..

like this word "percaya bulat-bulat kejujuran mereka". keep it up! :)

Fatihah said...

babe.kyz

haha..ala,baru nak ajak u join geng dengan i tubuhkan kelab haiwan. hik hik.

suka?hahaha...thanks.
x)

aqish basir said...

haha...nasib baik tipu2 je kan..haishhhhhhhh haha..suke hamster ye..comel lah..qis ta boleh bela..alegik..gedik an hehe