Blogroll

Thursday, January 13, 2011

Day 9 – A photo of the item you last purchased.

Secara telusnya benda last aku beli adalah makanan. Burger phosperity McD. Macam mana nak tangkap gambar? Dah masuk perut, dicernakan dengan jayanya pagi tadi.

So, tak boleh lah..tapi aku akan gantikan dengan gambar jam tangan POLO yang aku beli beberapa minggu lepas. Jam ini dibeli waktu hang out dengan kawan2 DI JUSCO Ipoh.



Jam tangan yang diperkatakan.

Alkisahnya jam tangan ini menimbulkan kontraversi kerana harganya RM150++. Kontraversi kerana pembelian ini telah menimbulkan kemarahan mak aku, dan beliau dengan pantas mula bersyarah tentang kepentingan menyimpan duit.

Dialognya seperti berikut.


Aku: Mak mak, tengok ni akak beli jam baru.(excited)

Mak: Cantik..berapa harga?(angkat kening macam ziana zain)

Aku: RM150++.

Sunyi sepi...

Mak: Banyak duit kamu? Kamu tahu tak..bla bla bla..


Dan dengan pantas aku mendapat ceramah free.

Agak lama juga.

Dan aku hanya merenung lantai. Setelah 15 minit, baru aku menunjukkan resit sebenar.

Disebabkan aku beli waktu sale, makanya aku dapat beli dengan harga RM47 sahaja..ngee

Dan pengakhirannya aku dapat sekehan kepala ikhlas dari mak aku atas cubaan bergurau dengan beliau.MySpace

MySpace

SAYA SAYANG MAK SAYA!!*tiba2


Daa~~



Apa yang aku merepek nih??

Aiseh, sila refer entry ini untuk memahami..x)

5 Orang Macho komen:

nurhamizahzuri said...

sbb kejelesan jam nie murah..aku sanggup patah balik jusco...weh...jeles.....dpt jam polo rm47....

nurhamizahzuri said...

sbb kejelesan jam nie murah..aku sanggup patah balik jusco...weh...jeles.....dpt jam polo rm47....

niesz said...

hehe..gurau2 manja kan.. :)

Fatihah said...

nurhamizahzuri

hahaha..takpe, aku yakin ko akan dapat jam yg lagi cun daripada aku..keep looking okeh
x)

Fatihah said...

niesz

aah...saya anak yang agak manja..hahaha.
seronok bergurau ni..;p