Pagi tadi aku bangun awal, sebab 2 housemate aku nak datang untuk recycle program kat kolej hari ini. Aku separuh berharap yang mereka akan bawakkan kek sebijik atau pun hadiah, sambil kata surprise!!
Eh, diorang dah buat surprise kat aku la hari tu..REMEMBER???
Aku, ama dan najwa makan bertiga, dan pas tu kitaorang punggah barang untuk recycle. menarik gak kan? Dapat merit dan sakit belakang. Hahaha..sarkastik!!!
Lepas diorang balik, aku sambung tidor, studi, online, studi, dan online.
Jam 8.57, aku gerak gi bilik tv. Hasrat di hati mahu tengok AJL sambil waktu iklan nanti buat soalan past year. Semangat ni bawak nota tebal2.
Sampai bilik tv, kira2 ada 20 orang kat situ. Okeh..takpe, meriah sikit kan. Lagipun tv tu bukan bapak aku yang punya.
Aku amik port terpencil sekali, jauh dari tv. Tapi still boleh nampak tv.
Bila AJL dah start, aku dah konpius sama ada aku berada di bilik tv atau di stadium bukit jalil itu sendiri. Bising.
Okeh, takpe.
Waaargh, manusia kat situ tutup lampu rupanya. Untuk dapatkan kesan dramatik. Ni yang aku rasa nak makan budak ni. Diorang takde sensitivity ke kat aku yang tgh pegang notes sambil tgk tv ni?
Well, walaupun nota itu hanya dijeling, tapi ini adalah tidak patut sama sekali. WTF.
Tapi, keberanian aku tak sampai ke mana sebab diorang senior kat situ. Aku just pura2 kaku dan merenung yuna nyanyi. Okeh. Tutup nota.
BOIKOT AJL. hahaha...
Daa~~.
2 Orang Macho komen:
jom boikot AJL!! tengok game kriket lagi best.. huhuhu
hahahaha... entry tersempoi stakat yg aq pnah baca... baca smbil gelak guling2...(tiru ayat ko)....
Post a Comment