Assalamualaikum.
Aku tak sabar nak balik rumah. Yup, walaupun aku tak menyambut tahun baru cina, tapi aku nak balik jugak. 2 minggu kat sini bagaikan 2 sem..fuh(tiup rambut di dahi)
Semalam selepas hantar proposal research, aku dan housemate keluar ke Mines. Keluar melepaskan tension. Ceh, baru 1st draft proposal dah pening. Next week kena present proposal depan doktor, tapi kita lupakan perkara tu dulu buat masa ni.
Tiba di mines, destinasi ke-2 adalah pizza hut selepas membeli ticket movie. Perut sudah berdegum-degam kelaparan.
Minum dulu sambil cover ayu..(-_-')
Lasagna seafood! Nyum nyum..
Kami berempat tengok movie Gulliver's Travel. Yaaa, agak ketinggalan sikit. Sikit je manusia dalam cinema tu, tapi aku rasa nasib baik sebab ada part dalam movie tu membuatkan aku tergelak kuat+ agak kurang sopan. Berasa sangat malu.
Habis je movie tu, jalan2 dalam mines sampai rasa lenguh kaki. Dalam kepala dah set;
Aku 1: Fatihah, beli yang perlu sahaja. Jangan membazir!
Aku 2: Baiklah, saya cuba. Tak janji.
Oh, sungguh dramatik. Tak pun macam orang gila bermonolog dalaman walaupun ada 3 orang housemate di sekeliling aku.
Cak!Bergambar sambil menunggu salah seorang daripada kami memilih kasut. Yang kat tengah tu sakit mata ke?muahaha..
Sampai depan giant, ternampak kedai shawl.
Baiklah, aku tipu. Bukan ternampak, salah tu. Sebenarnya memang dah aim dari awal nak pergi situ.
Kakak di kedai shawl tu sangat ramah, dan aku dah berasa bersalah pulak kalau tak beli. Kah kah kah. Alasan.
Terbeli 2 shawl, dan beberapa inner. Berasa bersalah mengkhianati Aku 1.
1/2 jam kemudian.
Baru teringat niat asal sebenarnya nak beli purse. Tak nak purse girly, nak purse kachak sikit. Dan hasilnya,
tadaa...
Kachak kan?
ngee..
Para housemate sekalian sudah mengangkat kening kerana berasa syak wasangka yang tinggi, adakah aku mahu beli purse yang sebenarnya wallet ini untuk seseorang?
Jawapannya tidak.
Takkan perempuan tak boleh pakai wallet macam ni kot?
Skeptikal lah korang ni.
Berasa macho selepas berjaya membeli wallet kachak.
Sudah sudah...merapu betul. Aku tengah tension ni, rasa tak sedap hati. Aku harap ini hanya mainan perasaan semata.
Daa~~
10 Orang Macho komen:
lasagna yummy!
sedap nye lasagna...
;D
kamu mmg sgt kacak..leh bagi kot beg duit tu kat sy!!!!haahahhaha..org laki sesuai la pkai..
efyna.pinkladies
Yup, saya suka lasagna!!!
x)
saya_arief
sedap!!
nak sikit??
ngee...
Syukri Hasshan
OMG, thanks!!
hahaha..mana boleh bagi, sayang kot beg duit baru beli..;p
bau kedai pun masih harum mewangi..hehe
mantap seh lasagna tu perrggghhh menggiurkan....heheheh
aper pun tahniah kerana berjaya utk tidak mengikut kata Aku1 and Aku2 ahahhahahah ikut laa kata hati...
hasilnya, ko nampak macho sangat hahaahah
aKU maNUsiA beRpeRaSaaN
haha, jom aku belanja makan lasagna.ngeee..
aku memang suka berkonflik dalaman macam tu..haha.
sengal pun ada..;p
Hey, I am checking this blog using the phone and this appears to be kind of odd. Thought you'd wish to know. This is a great write-up nevertheless, did not mess that up.
- David
kesimpulannyer mmg sakan la ko shopping... hehe
Post a Comment