Hah, tajuk entry panjang pulak.
Cuba bayangkan, korang kat tempat aku, tengah gigih menghafal notes untuk OSPE exam esok, dan tiba-tiba BLACKOUT!!
What the fish!(dilarang mencarut disini)
Baik tido je kan..dah la tengah mengantuk. Tapi disebabkan aku yang merasa kehairanan, eh awat lampu rumah sebelah dan rumah bawah elok je. Housemate aku sekalian sudah kebisingan di ruang tamu, aku bergegas keluar sambil mulut membebel.
Aku: Tak logik la, nape rumah kita je yang blackout? Rumah lain elok je... Korang yang buat kan?(tuduhan melulu)
Ama: eh, entah..mana aku tau..dah nak blackout.
Faiqah: aah, tiba-tiba je..
kitaorang bercakap dalam gelap, jadi aku tak nampak mimik muka diorang camne.*perbualan yang dipendekkan.
Sementara tu, housemate aku yang sorang ni, nad bersungguh amik kerusi, mahu check switch box(itu kot nama box tu). Dan Faiqah berusaha menggerakkan housemate aku lagi satu, ecah yang sedang enak dibuai mimpi. Hmm, sambil aku berdiri memerhati sambil memikirkan ketidaklogikan ini.
Litar pintas ke?
Kena potong bil elektrik ke?..eh, yang ni mengarut. Mana ada kena bayar bil elektrik kat kolej ni..
Habis, tak yah studi untuk OSPE esok??Aaaarggh...
Dan, tiba-tiba...
Tadaaaaaaaaaaaaaa...
Hepi besday to you,
Hepi besday to you,
Hepi besday to teha, nad dan ecah
Hepi besday to you..
Eh eh..Aku, nad dan ecah terpingga-pingga.. besday kitaorang ke? Lambat lagi kot. Korang ni tension exam sampai salah tengok tarikh ke?
Terliur tak? nampak tak ada tulis teha?haha..
Setelah keadaan reda, baru tau yang diorang sambut besday kitaorang siap-siap sebelum cuti. Sweet betul housemate aku sekalian ni..
Switch box dibetulkan, dan keadaan kembali cerah. Hahaha...gimik betullah korang ni. Aku ingat betul-betul blackout tadi..
Thanks housemate2 saya yang tersayang. Redha walaupun kek terpaksa dikongsi oleh kami 3 orang serentak.
Gambar tangan je leh tunjuk.
Bakal besday girl=ecah+nad+teha
2 Orang Macho komen:
haha...stail....
hah!!stail ape yang anda maksudkan??haha..
Post a Comment