Wah, susah betul nak cari masa untuk menaip sekarang. Hari ini free, before tomorrow going to be busy again...fufufu
Sebagai pelajar, korang pernah ada pengalaman tak suka dengan cikgu atau lecturer garang ? And later korang find out that lecturer tu sebenarnya tak segarang yang korang sangka? Malah lecturer tersebut sangat baik hati dan bersungguh-sungguh mahu membantu.
Yaaaa, aku tengah mengalaminya sekarang. Dan aku rasa nak hentak kepala bantal sebab rasa bersalah kerana perasaan tak suka tersebut.
Lecturer yang diperkatakan, bernama Prof R... Hahaha, mengada-ngada pulak aku tak nak bagi tahu nama sebenar. Macam la lecturer tu baca blog picisan aku ni. Kah kah kah. (gelak sendirian)
Prof R mengajar batch aku sem lepas, dan beliau sangat garang. Okeh, kalau nak kata sangat garang tu macam dramatik sangat. Baiklah, beliau agak garang. Prof R ni macam ada aura garang sekeliling dia. Jadi student yang pengecut macam aku ni tak berapa berani nak dekat. Tambahan, memang aku tak de urusan pape yang menyebabkan aku kena jumpa Prof R selalu. Jadi aku amat bersyukur.
Tapi langit tak selalunya cerah...
Aku sangat-sangat terkejut masa awal sem ni aku dapat tahu yang Prof R ni adalah co-supervisor group aku untuk research. Supervisor aku adalah clinician gynecologist di HKL, dan beliau sangat sibuk. Disebabkan itu, aku akan kena jumpa Prof R selalu untuk mendapatkan nasihat.
One word-àMatilah aku. (eh, ini dah two words)
Memang masa tu rasa macam nak demam, sebab kena deal dengan Prof R ni. Demam ketakutan agaknya.
Dan, bila proposal dah siap aku kena juga jumpa Prof R untuk pembetulan, sekiranya proposal kami menyimpang dari jalan yang benar.
Ya rabbi, masa nak jumpa tu jantung aku rasa dah nak gugur, gamaknya macam orang baru lepas pecut 100 meter. Sampai ahli group aku pun tegur, muka aku pucat sebelum masuk bilik Prof tersebut. Sebelum masuk tu aku dah berselawat, memotivasikan diri sendiri bahawa segarang mana pun beliau, Prof R tak makan orang. Remember that!
Pintu diketuk, kaki melangkah masuk setelah mendapat izin. Prof R greet kami dengan senyuman manis, dan mempelawa kami duduk.
Ok, this is a very good sign, aku bermonolog sendiri. Seterusnya, beliau menyemak proposal kami, dan membuat pembetulan. Dan sesi tersebut berlangsung dengan suasana yang aku tidak jangka langsung. Prof R siap bercerita lagi dengan sense of humour, dan sering kali mengingatkan kami bertanya apa yang kami tak faham. Dan bonus, disertakan dengan motivation sekali.
Eh, tak garang pun???
OMG, aku memang bersyukur, dan rasa bersalah.
Manusia tu memang senang nak judge orang pada first sight kan?Dan cepat je buat andaian sendiri.
Aku belajar sesuatu yang penting, bahawa pengertian tak kenal maka tak cinta itu adalah benar. Jangan menjadi seseorang yang mudah meletakkan hukum pada orang lain tanpa memberi peluang kepada diri anda untuk benar-benar mengenalinya.
Aku harap cerita ini menjadi pengajaran kepada korang juga. :')
6 Orang Macho komen:
kat sini pon ader gak lec. yg cm tu. dan aku plak assignment under dia. suatu tgh hari, smasa aku nk kuar pi kelas, ketua kumpulan msej kat aq yg lpas kelas ktorg kna pi jumpa lec. tu. masa tu, aku rasa mcm nk masuk bilik balik jew... terus lembik lutut....dh x de mood nk pi kelas....
haha..ko pun sama ke?
serius, memang takut gile..
tapi nasib baik lecturer ni tak segarang yang di jangka..huhu
aki pun cmtu gak. ade sorg lect bio tu. bila dah kenal dye, baru tau yang dye tu tak seperti yang kita fikirkan. moral: jangan dengar sangat cakap2 orang! ;)
kirim salam sama lecturer yang garang tu ya
hahahaha...mcm sape ey kat bainun
hmMM...cronic ni....
Post a Comment