Blogroll

Friday, November 5, 2010

Spek, contact lens dan aku.

Pagi. Aku tido awal tadi, dalam kul 8 sampai 10. Sakit sangat kepala hari ni. Tak tau nape. Bangun tido, kepala dah ok sikit, terus aku studi notes physio Prof Khatiza sambil tengok sundal bolong dengan mak aku. Haha..mak aku memang suka tengok cerita hantu indon, so aku sebagai anak yang taat tengok la sekali sambil mengaler notes.

Berbalik kepada tajuk entry.

Aku blog walking kat blog idati, jumpa entry ni. Terus aku teringat masa mula-mula aku pakai spek. Masa tu pertengahan darjah 6 kalau tak silap aku. Masa tu memang la, konon2 rasa cool bila pakai spek.
haha..dati, aku pun kena tipu gak, pakai spek tak cool pun.

Bila dah masuk matrik, rumate aku pakai lens. Aku sebagai remaja masa tu(konon-konon sekarang dah dewasa) tidak dapat menahan peer pressure yang maha hebat. Dengan sokongan moral dari abah aku, aku ke kedai optik berdekatan. Fuh, masa first nak pakai lens tu, berjam aku rasa.Bila dah masuk je, rasa wow, terangnya dunia ini..aku dapat melihat dunia dari perspektif berbeza..hahaha..sila abaikan.

Tapi pakai lens ni banyak tatatertib dan risiko yang kita kena paham. Antaranya:
  • Cuci tangan dengan sabun(aku prefer protex) sebelum dan selepas pakai contact lens. Lap tangan sehingga kering. Penjagaan kebersihan tangan ni sangat penting untuk mengelakkan infection.
  • Jangan pakai waktu tido, sebab pernah ada kes dimana contact lens tak dapat ditanggalkan sebab pemakainya tido dan terpaksa menjalani operation untuk keluarkannya
  • Jangan kongsi lens dengan orang lain
  • Jangan guna air paip untuk cuci contact lens. Kalau buat gak memang cari pasal sebab kandungan air paip tu menyebabkan infection.

Ini antara tips la. Sebenarnya banyak lagi, dan itu korang leh tanya Mr. Google. Dan aku tak nafikan, banyak risiko pakai lens ni. Just bagi aku, kalo betul-betul pandai jaga, no hal la..macam petik jari kaki je..haha.


Dan ni gambar aku sebelum dan selepas pakai contact lens.





Cuma kalau nak pakai contact tu, gi jumpa optometrist yang berdekatan, dan pastikan korang faham betul cam ne nak pakai, nak jaga dan risiko dia.

Secara tak sengaja aku menyebarkan peer pressure pakai contact lens kat 2 org housemate aku. ;p
bye.



0 Orang Macho komen: