Blogroll

Saturday, November 20, 2010

Zon Hantu yang tidak seram, tapi bosan.

Kalo sakit maknanya Allah ingat dan nak uji kita kan?..yes!!! aku demam. sekian.


Hari ni bangun, tido, bangun, tido sampai aku pun sakit kepala. Katil kata blah, meja studi kata mari2..
Ubat dah ditelan, tapi selsema dan batuk masih tidak berhenti. Takpe, aku pun lama dah tak demam, jadi badan mahu bermanja dengan tido sekerap mungkin(ceh, kalo tak sakit pun aku tido kerap jugak, ayat cover)..Aku redha.





Tapi dalam tak sihat ni pun jari aku masih gigih menaip. Sila tepuk tangan pelan2 untuk aku.

Ceritanya, aku rasa dah masuk zon berhantu. Tak, aku bukan pergi rumah hantu atau bilik aku dah berhantu sekarang(bulp!), bukan. Zon hantu yang dimaksudkan adalah zon dimana hampirnya waktu exam, dan keadaan sekitar aku tiba-tiba jadi sunyi sepi. Sunyi diibaratkan kalau aku kentut pun boleh dengar dengan jelas. Faham tak?
Maksud aku manusia sekeliling aku semua dah jadi serius dan nak dengar sepatah perkataan dari mulut diorang pun susah. Aku tanya sepatah, jawap sepatah. Bosan la macam ni. Silap- silap aku boleh jadi gila sebab terlalu banyak bercakap dengan kulen dan momoko.
Aaaargh...

Cik fatihah, ko tu nak final exam sibuk-sibuk pulak nak cakap dan mesra alam dengan orang!..(-_-') Tak sedar diri.

Alamak, ter-update la pulak..hehe.

Bye.






4 Orang Macho komen:

THE GREEN said...

Salam..

saya just blogwalking..baru tahu pasal blog ni..

mmg kalo time exam, rasa gak aura seram sejuk tu esp bila masuk dewan exam..tp utk certain subjek jer la..good luck 4 exam!

Anyway kalau ada masa, silalah menjelajah ke blog saya.

regards,
BLADE EDGE

Fatihah said...

ws..thanks wish 4 exam and jalan2 dan tinggalkan komen kat blog yg nerapu ni..haha
nanti saya menjelajah ke blog anda, insyallah.
x)

hans said...

demam?
bawa2 berehat banyak2
jgn lupa makan ubat

thanks sebab sudi follow blog saya tu yer
rajin2 lah singgah selalu
kut2 lah baca blog saya ketawa2 leh elok demam
hehehe

P/S : Kenangan Di Hostel : Bila Tiba Waktu Hari Minggu

Azah Rahaman said...

salam perkenalan, be happy, me azza firza, thanks 4 visiting my blog, chills, salam <3