Ahah, tadi jalan-jalan jap setelah penat menelaah hari ini,tiba-tiba tanpa dapat di elak aku ternampak segment encik ben yang menarik ni. Walaupun sibuk separuh mati, tetap juga nak join..haha, aku akui aku memang tak sedar diri nak final exam...(-_-')
Latar belakang blogger
Nama aku Nurul Fatihah, 20 tahun. Masih belajar di UPM. Aku ni new blogger dan jangka hayat blog ni genap 2 bulan pada hari ini. Masih bertatih lagi..x)
Sila berdoa blog ini panjang umur..haha..;p
Apa pendapat anda mengenai dunia blog ?
Hmm..jap, nak pikir...
Aku rasa dunia blog ni satu dunia yang menghubungkan aku dengan orang yang tidak dikenali melalui penulisan kami. Dunia untuk mencurahkan idea dan rasa. Satu dunia dimana aku boleh baca hasil karya orang lain, dan menyibuk nak komen sama!!haha..
Satu dunia yang mana baik dan buruk setara, terpulang kepada bloggers itu sendiri untuk memanfaatkannya.(Nape rasa skema ni..haha)
Sepanjang anda menjadi blogger , apakah perkara positif dan negatif yang pernah anda alami ?
Positif sangat banyak!!Aku dapat banyak kawan baru, dapat keluar dari dunia bawah tupperware aku. Dapat formulate balik penulisan aku yang lama tinggal pas SPM(aku maybe buat cikgu BM aku bangga sekarang..;p), dan keluarkan benda yang bersirat dalam kepala aku nih. Kalau yang negatif setakat ni alhamdulillah tak ade lagi..x)
Apakah blog ini hanya untuk mencari nama / glamour ?
Hahaha..gila membunuh soalan!! Glamour macam mana tu encik ben? Kalau nak cari glamour yang memang attract attention semua orang tu baik aku aku jadi artis je.. Buat susah ape nak menaip ni..aiseh..(garu kepala)
Tapi kalo glamour kerana penulisan aku ni, yang itu aku nak.(haha..bajet betul ko fatihah). Sebab, merapu aku pun, aku nak penulisan aku yang tak seberapa ni mampu bawak kesedaran, gelak tawa atau informatif untuk semua orang yang baca..x)
Banggakah anda menjadi seorang blogger ?
Yup, itu sudah mesti!!(angguk kepala laju-laju). Aku bangga dapat masuk komuniti ni, bangga dapat kenal ramai orang, bangga kerana tulisan aku dibaca, bangga dapat join segment encik Ben nih...;p
Okeh, itu saja.
Doakan aku lulus final dengan cemerlang..x)
Bye.
3 Orang Macho komen:
salam blogger, teruskan brblogging yaa, datang dari segmen abg ben, jemput ke blog buruk saya jugak ea (:
semoga lulus final dgn cemerlang!!
yeah, teruskan perjuangan kite sbg blogger..cewwahh..hehehe
salam ziarah..=)
Post a Comment