Blogroll

Tuesday, November 16, 2010

Kahwin paksa.

Pagi ini aku duduk kat depan laptop, sambil megemas perasaan, meyediakan mental dan fizikal untuk telepon mak aku kejap lagi. Aku bukan nak pegi berperang, tapi aku takut dengan bakal reaksi mak aku. Korang pelik kan kenapa nak takut pulak?Buang tebiat? Selama ni takkan tak pernah call mak? Eh eh, banyak pulak soalan korang..

Sebenarnya aku dipinggirkan, disisihkan keluarga kerana tidak turut kemahuan mak aku untuk dijodohkan dengan anak kawan mak aku. Aku dah cuba menolak secara baik, tapi mak aku tetap bertegas dengan alasan untuk menjaga hubungan persahabatan yang telah terbina sekian lama.. Hasilnya aku membawa diri, dan disinilah aku sekarang. Nape nasib aku begini? Kenapa?(sambil menghantuk kepala ke dinding) Salahkah aku sebagai anak menolak kemahuan ibunya kerana mahu menuntut ilmu? Kenapa aku dijadikan alasan untuk mengeratkan satu hubungan yang dimana aku tidak sepatutnya terlibat? Sungguh aku tidak mengerti dunia ini..
















Ok ok..Aku tipu je..hahaha..dah datang da mood dramatik+merepek pagi-pagi ni. Tak kan la mak aku nak paksa kahwin pulak. Tak de maknanya. Orang gila mana nak pinang aku waktu belajar ni.Perasan betul la..;p

Back to main story.

Tapi ayat first tu betul la. Aku nak telepon mak aku jap lagi. Sekarang kat rumah sepupu aku yang tinggal berhampiran UPM jugak. Aku tak balik rumah raya haji ni, sebab mak aku balik kampung kat kedah. Lagipun ada kelas hari jumaat ni(-_-').. Aku redha dengan segala ketentuan, so berlagak cool je la. Bila lagi nak merasa meraya sebagai perantau kan..T_T(aku tulis entry ni sambil dengar lagu dendang perantau)

Ok, aku betul nak call mak aku ni..doakan aku tak nangis(budak macho tak boleh nangis)

Bye.



Related Posts:

  • Malas nak pikir tajuk.Lama tak jengah sini. Aku tgh siap2 nak balik rumah, tetiba rasa nak menaip pulak. Aku tengah berharap, kan bagus kalau aku pejam je mata, jeng jeng d… Read More
  • Ucop saye. x)Assalamualaikum.Hai. Aku sudah kembali bersemangat. Err, walaupun baru studi ala kadar. Ala kadar disini bererti selak2 nota, dan mengambil berkat.Sem… Read More
  • Jatuh hati kali ke-2.Assalamualaikum. Tajuk tak boleh blah. Sila baca sampai habis untuk  mengelakkan salah faham. x) Korang kenal Fida Aishah? Ala, blogger yang cet… Read More
  • Bila dah cuak tu, ape benda pun tak jumpa.Assalamualaikum.Haaa...rajin tak aku mengupdate dari kfc kl sentral? Silalah puji aku..haha. Ini semua adalah ihsan dari notebook rumate tersayang, ka… Read More
  • Alamak!!!!Aiseh...aku selama ni sign in blog guna email yahoo..sekali bila aku dah tukar ke gmail, semua blog yg aku follow dah hilang. Diulangi, HILANG!!!!!!!!… Read More

4 Orang Macho komen:

nurhamizahzuri said...

ko nie mmg la..sengal!!!!!
aku percaya kot cerita asal ko
weh...selamat hari raya
minx ampun dan maaf kalo aku terkasar bahasa,termengusik ko lebih2 ker.
ampun kan eh...
fatihah
selamat ari raya!!!

Fatihah said...

hahaha..;p
aku rasa nak merepek pagi2 ni.
selamat hari gak..
maaf salah silap.

Anonymous said...

janganlah dipaksa kwin..hehe

Fatihah said...

sekamar rindu

hahaha..takdelah, mak saya baik. Takkan beliau nak paksa kawin time tgh belajar ni. hehe. Kalo kawin jugak, itu bermakna saya yang gatal buang tebiat. Tiada paksaan daripada sesiapa..;p