Blogroll

Wednesday, December 1, 2010

Maaf itu Keramat!!!

Salam.

6.27 pagi.

Hai hai semua, sihat hari ini? Aku doakan bahagia dalam genggaman kamu pada hari ini. x)

Tiba-tiba kepala serabut, maka aku ingin meluahkan idea disini.

Aku ingin mengajak kamu pada hari ini menyusur jalan bersama aku, memahami perkataan keramat yang semua orang tahu, kecuali bayi atau manusia yang terjejas mentalitinya. Keramat? Dah macam cerita hantu pulak.

Aku pasti kamu memahami perkataan maaf bukan? Ya, MAAF. Tengok, dah tercaps lock pulak. hehe.

Maaf adalah suatu perbuatan yang mulia, dimana kita merendahkan ego, dan mengakui kesilapan seadanya. Bukan semua yang sanggup mengakui kesilapan sendiri. Mudahnya masyarakat pada hari ini, setiap kesilapan atau kekhilafan, dengan cepat mereka menuding jari kepada orang lain.

Aku berharap kita bukan daripada golongan ini, yang mana amat berat untuk menuturkan perkataan maaf didalam hidup mereka. Bukalah minda kalian semua, dimana dengan meminta maaf itu bukan bererti kita hina, malah adalah insan mulia kerana mampu mengakui kesilapan sendiri, dan mengambil iktibar daripadanya.



dengan meminta maaf kalian akan menjadi comel macam kucing ni..;p

Daripada pengalaman aku sendiri, belajarlah meminta maaf seikhlas hati kamu. Kerana kita tidak tahu bila ajal menjengah, maka janganlah matinya kita nanti dalam kemarahan manusia lain.

Maaf daripada aku kepada yang terasa, sesungguhnya bukankah amalan mengingati itu amalan yang bijaksana?x)

Serius hari ini entry berat+skema.
Nak pergi seminar, bye.


Related Posts:

  • Hai 2013 Assalamualaikum w.b.k. 2013 diraikan dengan menggiatkan diri melakukan revision Linear Algerbra, Asas Keusahawanan dan Kemahiran Berfikir. Ul… Read More
  • HisteriaAssalamualaikum. Waa, lagi 3 hari nak exam!!!!!!!!!*perempuan gila histeria. Eh ni muka histeria ke muka raksasa?  (-_-') FYI, inil… Read More
  • Hidung berlari? It is official. My nose are running right now. Must catch it! Ok ok ok. Not funny at all. The truth condition i… Read More
  • Kelam kabut.Assalamualaikum. Hai guys!!!!Waa excitednya minah ni kan. :DD Esok cuti sempena keputeraan Sultan Selangor! Sape kat sini dok Selangor sep sikit. Ha… Read More
  • Cemas Breath in, breath out....... Breath in, breath out....... Breath out, breath in...erk? Eh rileklah exam next year..kan? Hahahaha. Ok ta… Read More

2 Orang Macho komen:

Anonymous said...

maafkan saya ye...

Fatihah said...

saya maafkan anda, dan maafkan saya juga..x)