Blogroll

Friday, November 5, 2010

Cici dan Banjir

Semalam aku telah menyebabkan rumah banjir. Tak, ini bukan pasal banjir kat Kedah, tetapi banjir kat Bidor. haha..

Ceritanya cam ni..

Mak aku baru beli mesin basuh automatik baru-baru ni. Setelah 10 tahun memakai mesin basuh separa auto, maka kini mak aku nak beralih ke full auto. Beli kat Singer. Eh, dah macam buat iklan lak rasanya..hehe.

Then, nak dijadikan cerita, mesin tu letak dalam rumah. Abah aku tak bagi letak kat luar, sebab kes curi kat tempat aku berlaku dengan giatnya. Mesin itu aku namakan cici, diletakkan kat tepi bilik air. Aku rasa cici tu leh jadi adik aku yang ke-4 dah sebab mak aku sgt menyayanginya..haha

Tengah hari semalam, waktu aku gi mandi. Disebabkan cici tu diletakkan di tepi bilik air, so sumber air disalurkan dari bilik air, dan dilepaskan di bilik air jugak. Dan aku dengan konfidennya mengangkat paip yang buang air dari mesin ke bilik air sebab kalo tak aku tak leh tutup pintu. Yela, takkan la aku nak mandi sambil bukak pintu pulak kan. Sorry, ini bukan free show.Aku tak perasan waktu tu cici tengah menjalankan kerjanya.

Tengah aku mandi dengan riang rianya, adik aku, Farhan menjerit.

Farhan: Mak, tengok ni!!!!
Mak: Astagfirullah..akak, bukak pintu cepat!

Aku yang masih tidak menyedari situasi sebenar lalu berkata;

Aku: Eh, napa plak?? Akak kan tengah mandi ni..nak join ke?
Mak: Budak bertuah! Dah banjir satu rumah ni...cepatlah bukak.

Aku:Opppss...(mencapai tuala dengan pantas, lantas membuka pintu)

Fuh. memang satu lantai rumah basah disebabkan aku. Sambil menggaru kepala, aku buat muka comel.

Aku: Mak, akak tak sengaja..hehehe
Mak: Hah, kamu lap balik..mak tak kira..
Aku: Baik puan!!hehe..

Nasib baik adik aku si Farhan begitu rajin tolong aku lapkan. Hah, nanti aku nak buat entry pasal adik aku sorang ni. Dia ni unik sikit.

Selepas setel lap lantai, mak aku berkata:
Mak: Mentang Kedah banjir sekarang, kamu nak experience benda yang sama ke..nak rasa apa yang cik abg rasa ke??HAHAHA..
Aku: Mak!!(sadis tul mak aku ni)

Hahaha, so the moral of story, ayah aku dah tebuk dinding untuk salurkan paip ke dalam bilik air terus. Tak yah melalui pintu dah..;p

Related Posts:

  • Salam Ramadhan. Assalamualaikum. Oh yeaah, setelah sekian lama berpuasa di perantauan, tahun ini dengan riang ria nya saya berpuasa sebulan dirumah. Since fo… Read More
  • Damn. Sedihlah nak tinggal korang. Komen2 budak batch aku ni buat aku nangis. :') Walaupun baru 3 minggu kelas dengan diorang serius sangat terasa bila nak tukar kos ni. Tu … Read More
  • Cerita tv yang mengurangkan pahala puasa. Assalamualaikum. Aku ni jenis manusia yang jarang sangat2 beremosi bila melihat drama di tv atau wayang atau seumpamanya. Kalau housemate berse… Read More
  • 25 things about me. Assalamualaikum. 5 pagi. Aku telah di tag beberapa hari yang lepas oleh cik suria untuk entry ni. Dah beberapa hari baru sempat nak buat,… Read More
  • Relief...x)Alhamdulillah. Secara tak rasminya permohonan pertukaran kos aku dah diluluskan. Terima kasih kepada Puan Norlea daripada bahagian akademik kerana mem… Read More

2 Orang Macho komen:

nurhamizahzuri said...

ha ha ha....cik abg rase??hehehe..aku plak yg bahagia lebih2 nie
nak aku suggest blog nie untuk tatapan dia??
hahahahah

Fatihah said...

haha..sengal.
mak aku mengadakan cerita la.
aku dah suggest rasanya, cam tak sudi je dia nak jengah.haha
bagus gak, leh aku merapu terbaik punya.
dah2, ko jangan nak merapu lak.