Blogroll

Sunday, November 28, 2010

Kalau setiap hari seperti hari ini..x)




Assalamualaikum.

1.49 pagi waktu entry ditaip.

Aku cadang tak nak tido, sebab nak studi sampai ke pagi untuk test esok(mungkin).

Hari ini family aku datang, melawat ahli keluarganya yang dalam kerinduan disini. x) x) x)
Senyum sampai telinga.

Setelah berhempas-pulas menghadapi kesesakan lalu lintas akibat MAHA, akhirnya mereka berjaya sampai ke kolej aku, dalam jam 3 petang.

Disebabkan aku hanya makan maggi dari pagi, maka kami menuju ke bangi dengan pantas untuk mengisi perut.(perut aku terutamanya)
Sampai ke medan selera iskandar(kalau tak silap), terus order nasi ayam. Pot pet pot pet sikit, mak aku merungut makanan lambat sampai, sedangkan perut yang lapar minta di isi. Aku rasa tauke kedai mahu mengajar kami erti kesabaran yang sebenar.(positif)
Sambil makan update cerita pasal aku, aku dan aku lagi..haha



muka penuh kegembiraan yang tidak dapat disembunyikan

Selesai makan, hantar aku ke kolej semula.

Usai solat asar, sambung borak lagi, dan main-main tangkap gambar antara kami.haha, jangan salah sangka, kami memang begini. ;p


ahak, pinjam spec along..ini adalah muka sebelum mereka beransur pulang.


Akhirnya sampai waktu mereka beransur pulang, hati sudah sayu..meronta-ronta mahu ikut sama. Tapi masih cuba berlagak macho, sebab aku kakak sulung.. be matured girl (walaupun perangai macam kanak-kanak ribena)

Terima kasih, mak dan abah yang datang untuk memberi sokongan kepada anaknya yang diperantauan untuk menghadapi final exam 2 minggu lagi.
Sesungguhnya diagnosis homesick anaknya ini sudah sampai keadaan yang paling kritikal. Nasib baik diberi rawatan segera..x).
Terima kasih sekali lagi(air mata dan hidung sudah mengalir)

Entry sayu hari ini.

Aaargh, ambil tisu cepat-cepat, hembus hingus, dan keadaan pulih kembali.


Sudah, mari sambung studi, note sudah menanti.
Bye.

Related Posts:

  • Aku blogger ! So What ???Salam.Ahah, tadi jalan-jalan jap setelah penat menelaah hari ini,tiba-tiba tanpa dapat di elak aku ternampak segment encik ben yang menarik ni. Walaup… Read More
  • Update ke MAHAAssalamualaikum.Ingat tak aku asyik berulang kali sebut MAHA dalam entry yang lepas? Hah, tak ingat??Takpe, sebab aku rasa baik hari ini, aku ulang ba… Read More
  • Yeaa..lompat tinggi-tinggi..x)Assalamualaikum.Yup, design blog ini, bertukar sekali lagi. Tak nampak serabut kan? Aku just nak blog picisan aku nih simple dan leh download laju je.… Read More
  • Debaran makin terasa.Assalamualaikum. Hari ini, secara rasminya studi week aku bermula selepas selesai assessment SCC tadi. Yup, dalam hati berdebar-debar bagai mahu bert… Read More
  • Contest: Ada apa dalam tuh?Salam.Dengan ini, diumumkan aku telah ditag oleh blogger cun melecun, Siti(sila ke blog beliau untuk berkenalan..hehe).Okeh, disebabkan hari ini penat… Read More

8 Orang Macho komen:

Anonymous said...

ai..homesick lagik kew?

gudluck ye exam

aima in luv said...

sbr ea... hehe..
study ajin2 ... wish u gud luck k

Mr. Straw said...

homesick ka? siannya.. Buat strategi dulu. pas 2 setel lah. haha. Pagi2 dah update. Ni mesti rajin study. Good luck rencana strategi yer.

Fatihah said...

pensel kontot

haha..aah, homesick lagi.
teruk kan??(jangan iyakan)
;p

Fatihah said...

aima

hehe..thanks okeh..
sayang anda..muah2x..
x)

Fatihah said...

syukri

saya homesick..x(
hahaha..mengada sungguh.
strategi sudah siap, lagi 2 minggu sebelum final.
gear 5 sudah start..wish me all the best!!
thanks..x)

Mr. Straw said...

dah gear lima ka?tak da ka gear 1,2,3,4?dahsyat tol cik fatihah kita ni. almaklumlah doktor..

Fatihah said...

haha..tiada kena mengena dgn doc!!
ini adalah strategi last minit!
lagipun, saya belum jadi doc lagi la..jauh lagi perjalanan.
x)