Blogroll

Sunday, November 21, 2010

Kejutan yang poyo!

Salam.

Waa, bila aku join BIDH dari encik Ben, traffic aku agak meriah. Bagi bloggers baru macam aku, ini kejutan budaya!
hahaha..poyo betul budak ni.

Terima kasih banyak-banyak kepada bloggers yang baik hati yang datang melawat dan tinggalkan jejak anda di blog merapu ini. Aku dah pergi melawat beberapa blog, dan yang lain still dalam process. Masa aku sangat terhad disini, jadi maafkanlah jika aku lambat berkunjung ke blog anda. Jangan risau, aku bercita-cita menjadi manusia yang berpegang kepada janji walaupun aku suka merapu ala-ala dramatik. Aku masih dalam usaha membaiki blog ni sambil bergelut dengan notes aku yang membukit tu.

Aku dah daftar nuffnang. Baru nak daftar? Yaa, aku memang lambat sikit..(-_-') Sebab tujuan asal nak merapu sorang-sorang je kat sini. Tiba-tiba sekarang rasa macam nak mesra alam dengan semua orang. Alang-alang nak berblogging kan, sambil menyelam minum air..kalau air tu bersih la..;p

Jadi, salam perkenalan kepada semua. Aku gembira dapat join dunia baru ini. Wish me luck!

Akhir kata, nah pantun lama di edit sikit..x)

Buah cempedak diluar pagar,
Ambil galah tolong tunjukkan,
Saya blogger baru belajar,
Jika salah sila betulkan.

Nak sambung baca notes.
Bye.




2 Orang Macho komen:

Eyka said...

salam kenal jgak awak..hehe:) thanx sudi jenguk blog eyka n domo comot 2..hehe^^

Fatihah said...

sama2..mari la kita berkenalan!
jom belanja saya makan!hahaha..;p