Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarokatuh...fuh, senafas!!
Hai hai.. Rindu kat aku tak? Haha..sengal la ko fatihah. Ko yang rindu kat blog ni kan..
Hari ni hari Rabu, dan esok result exam keluar babeh! Eh, aku maksudkan bukan result PMR okeh! Tapi result exam final aku..wuwu..
Rasa berdebar, gemuruh dan gementar..apa nasib aku lepas ni eh? Aku dah habis usaha. Cuma tawakal je sekarang.
*********
Hari ni aku gi Mid Valley. Jalan-jalan menikmati kebebasan akhir sebelum result keluar dan balik rumah. Tengok Rapunzel, fuh, sangat comel cite tu seh...serius nih!!
Macam biasa, kalau sampai mid aku mesti paksa peneman aku gi PETS WONDERLAND..
Wajib!!Huhu...
Dan, jalan jalan jalan....tak jumpa barang yang berkenan di hati.
Geram-geram..
Makanya, demi melepaskan ketensionan aku buat benda yang bukan-bukan kamu tahu! Tahu apa yang aku maksudkan? Heh, meh aku tunjuk gambar.
1) Aku beli JAVA CHIP dari STARBUCKS.
Tadaa....
Oh yaa...fyi, aku tak pernah beli atau minum benda alah ni. Oh, sila kata aku kuno atau ape, aku tak kisah. Memang sejujurnya aku tak pernah minum. Berhenti jap jantung aku tengok harga dia. Fuh, dapat satu set snack plate KFC kot!! Disebabkan aku teringin, dengan bongkaknya aku beli yang paling besar. Haha..ya kawan-kawan, saya sungguh takbur sekali..sila tampar saya sekuat hati kerana JAVA CHIP itu tidak mampu saya habiskan. Hanya SEPARUH sahaja...
Okeh, tukar saya kepada aku semula.
2) Beli makanan kat SUBWAY.
Ni pun first time jugak.
Aku tak ingat apa nama roti yang aku beli, tapi ianya ade chicken di dalam dan boleh pilih sayur sendiri!!! Wawawa...suka-suka!! Walaupun kelihatan agak jakun dan sedikit cuak, namun aku berjaya membelinya!! Keluar dari kedai SUBWAY tu dengan perasaan yang sungguh bangga sekali. Hehe.
3) Shade.
Ahah....ni pun buang tebiat. Ingat dengan confident nak gi mid pakai shade. Tapi disebabkan cuaca agak redup, sangat la tak sesuai untuk memakainya. Tak sanggup meneruskan niat murni ini kerana takut dengan bisikan hati sendiri.
2 Orang Macho komen:
salam..kamu pegi mid!!nasib baik xterserempak ngn panglima perang smlm..
sy pon ada disitu gak smlm!!
dr kul 2 smpi kul 6 kot.
tgk wyg gak!!hahahahah
Apa2 pun, gd luck next semester! =D
Post a Comment