Salam.
Aku pelik dengan manusia yang suka menyalahkan manusia lain nih. Serius aku rasa annoying gile, rasa macam terpijak katak mati tepi jalan, lepas tu melompat-lompat kegelian.(ahah, perbandingan yang sungguh tidak relevan)
Masih berkisar kepada perasaan tidak puas hati.
Isu semasa yang aku maksudkan adalah isu buang bayi..Bayi luar nikah yang menjadi tajuk utama disini. Setiap kali berlakunya pembuangan bayi, masyarakat hari ini membentak, dan bertanya ke mana hilangnya nilai-nilai kemanusiaan manusia yang membuang bayi itu? Atau, dalam erti kata yang sebenar, apa kejadahnya mentaliti ibu yang sanggup membuang bayi yang dikandung selama 9 bulan? Mana kasih sayang seorang ibu yang membawa ke syurga? Ya, aku ingin tekankan perkataan IBU disini. Sudah pasti kaum wanita yang dicela, baru ditanya siapakah lelaki keparat yangmengandungkannya.
Hah, dan ibu bapa kepada gadis turut dipersalahkan. Bagaimana mereka mendidik anak hingga begitu sekali jadinya? Kurangkan perhatian dan kasih sayang yang diberikan?
Seperti yang diulang-ulang, sebab utama masalah ini adalah kerana kurangnya didikan agama, kasih sayang dan macam-macam lagi. Tetapi aku bukan nak tekankan penyebab disini,. Bukan sama sekali.
Aku mahu mengajak korang berfikir, apa peranan korang dalam isu ini? Cukupkah sekadar melihat akhbar, dan berkata..apa la nak jadi dengan dunia sekarang?Aku ulangi, cukupkah?
Daripada kita terus mempersoalkan dan menuding jari kepada pihak berkenaan, tidakkah kalian terpikir mahu turut sama mencegah situasi ini. Tanya lah kepada mana-mana ibubapa pun, mereka tidak pernah impikan anak gadis tersayang menjadi sebegitu rupa. Ini bukan satu pilihan, tapi suatu kesilapan dan takdir dimana mereka dipilih oleh Allah untuk menempuhinya
Dan kepada gadis yakni aku jua, berhati-hati lah dalam menempuh dunia pada hari ini. Usah semudahnya percaya kepada tutur kata lelaki. Lengkapkan diri kamu dengan didikan agama, dan percaya setiap orang mempunyai jodohnya sendiri.
Dan kepada lelaki-lelaki diluar sana(bukan semua), perlakulah kami kaum wanita selayaknya. Sematkan dihati kalian, bagaimanakah rasa jika gadis-gadis yang malang itu adalah kakak atau adik anda? Tanamkan sifat empati dalam diri, bukan sekadar simpati semata-mata.
Tersentuh tak hati korang tengok gambar ni?
7 Orang Macho komen:
lelaki...mengoda perempuan caer..
sbb syang punyer pasal....perempuan tu pun..rela...
then lelaki bile belum dpt..yew saya akan kawen dengan awak!!!!
bile dah dpt SEDAP tu...
lelaki pun hilang...
mmg aku dpt lelaki mcm nie...mmg aku suh tukar jantina..
sbnrnye pondan!!!!!
berani buat beranila tanggung...
penuh emosi aku cmment nie
bangang tol orag yg buang bayi ni..mmg sgt2 bangang!! geram ku
manusia jenis apa la yg suka buang bayi nih...pandai buat tp xmau bertanggungjawab...memalukan...binatang pun pandai sayang anak2 nye...
miza
huhu..bagus, mari tangani isu ini dengan bijaksana!
x)
Kina
betul2..jadinya mencegah lebih baik drpd mengubati.
x)
papa mifz
memang kalau jadi begini, binatang lagi mulia daripada kita.
marilah membendung masalah ini bersama.
x)
sedih nyer ..mmg tersentuh hati..s**l manusia x dak hati perut dan otak..sggup buang darah daging sdiri..nauzubillah..istigfar bbyk..
Post a Comment