Assalamualaikum.
Huh, tajuk yang tiada kena mengena dengan entry..hehe. Tadi berFB sebentar, dan terbaca satu notes ni. Dan dibukakan hati nak share dengan kalian..x)
Cara Rasulullah s.a.w membaca surah al-Fatihah di dalam solatnya, Baginda akan memberhentikan bacaan pada setiap akhir ayat.
Begitulah yang dilakukan oleh Baginda sehingga sempurna membaca al-Fatihah. Ini adalah kerana setiap ayat yang dibaca didalam surah al-Fatihah ini ALLAH menjawab balik. Disini di sertakan maksud ayat al-Fatihah dan jawapan dari ALLAH kepada setiap ayat yang dibaca.
Alhamdullilah hirobbil ‘alamin…..
Maksud: Segala puji bagi ALLAH, TUHAN semesta alam
ALLAH menjawab: HambaKU telah memuji akan DAKU..
Arrohmaa nirrohim…..
Maksud: MAHA PEMURAH lagi MAHA PENYAYANG.
ALLAH menjawab: HambaKU telah menyanjung DAKU
Maa likiyaumid din…..
Maksud: Yang menguasai hari pembalasan.
ALLAH menjawab: HambaKU telah mengagungkan DAKU..
Iyyakana’ buduwaiyya kanastain…..
Maksud: Hanya ENGKAU lah yang kami sembah dan hanya kepada ENGKAUlah kami memohon pertolongan
ALLAH menjawab: Inilah tali penghubung antaraKU dengan hambaKU. Dan hambaKU itu boleh meminta apa sahaja.
Ihdinos siratolmustakin…..
Maksud: Tunjukkan kami jalan yang lurus..
Sirotol lazii naan’amta’alaihim, ghairil magh duu bi’alaihim wallaud dooollin….
Maksud: Jalan yang ENGKAU telah anugerahkan nikmat ke atas mereka, bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.
ALLAH menjawab: Semuanya itu adalah khusus untuk hambaKU, dan terserlahlah kepadanya apa sahaja yang ia pohon
Insyallah semuga kita dapat menambahkan rasa khusyuk dlm solat kita.
Rujukan : ceramah yg menggunakan kitab Muniatul Musolli..
Wallahu 'alam
Dicopy paste sebulatnya dari sini.
Selamat beramal!
x)
2 Orang Macho komen:
itu la, setiap nama Islam...
ada keberkatan nya..
heheee
mie
hehe...betul2.
x)
Post a Comment