Blogroll

Monday, December 27, 2010

THE WORST DAY OF MINE

Hai..salam.

Ni entry emo dari aku. Sila jangan baca jika tidak anda tidak mahu terlibat.(macam cari gaduh pulak..hehe)

Ceritanya bermula begini.....drum roll please!!

Fakulti call aku pagi tadi, mengingatkan hari ini perjumpaan dengan lecturer dan student resit exam, sambil menekankan perkataan WAJIP HADIR ke dalam gegendang telinga aku. Disebabkan perrjumpaan itu ditangguhkan dari kul 8 pagi kepada jam 3 ptg, maka dengan berat hati aku decide untuk hadir jugak, Maka disinilah bad day aku bermula...

Aku naik bas ke bukit jalil jam 11.30 pg, sampai sana around jam 2 ptg. Aku naik teksi sebab nak cepat, sekali pak cik teksi yang SANGAT BAIK HATI tu cas aku RM53 untuk perjalanan dari bukit jalil ke kolej 17 yang tak sampai setengah jam tu..demm. Kan aku dah mencarut. Biasanya RM20 je. Bergaduh gak la aku dengan pakcik tu. Tapi sebab aku kejar masa, maka pejam mata aku bayar gak dengan tangan terketar2...


OKEH, SAYA BERSABAR.


Sampai je fakulti, aku terus gi bilik tutor tempat perjumpaan. Sekali eh, pehal takde manusia nih. Oh, nampak taufik, coursemate aku yang resit gak. 2 orang je yang hadir dari 8 orang. Kitaorang tunggu kat situ dalam setengah jam, lecturer tak sampai2 jugak. Orang pejabat datang kat kitaorang, inform yang lecturer ada meeting. Jadi lambat sikit la..takpe, kitaorang tunggu macam orang pandai.

Then 10 minutes after that, lecturer telefon. Tanya berapa orang yang datang, dan start membebel sebab 2 orang je yang ada....waaarghhh... Nape marah aku yang datang dari jauh ni? Gi la marah manusia yang tak datang tuh!!!! And the best part is je lecturer terbabit marah sebab aku balik rumah, beliau suruh student resit ni stay je kat kolej untuk studi, dan perjumpaan untuk hari ini ditangguhkan ke next Monday!!! Aku just diam dan iyakan apa yang lecturer cakap...dalam hati kalau lah aku boleh bertukar jadi raksasa masa tu...

OKEH, SAYA BERSABAR.

Selepas perbualan telefon yang kurang menyenangkan tu, aku gi pejabat kolej untuk amik kunci sebab aku kena stay beberapa hari for resit exam. Yang bestnya, orang pejabat kolej tu kata aku kena bayar RM4 sehari selama aku stay kat kolej nanti. What the??? Sem lepas aku resit tak yah kena bayar pun!!! Dah la lecturer yang suruh aku stay, and sekarang kena bayar pulak??

OKEH, SAYA BERSABAR.

Malas nak berbalah, aku amik je kunci dan terus gerak balik rumah. Aku naik train, sebab tawar hati nak gi bukit jalil sebab pakcik teksi yang baik hati tadi. Sampai kl sentral jam 4 ptg, Dan aku dapat beli train yang paling last ke ipoh, jam 9.45 malam. Fuh, dekat 6 jam gak la aku bertapa kat kl sentral tuh..

OKEH, SAYA BERSABAR.

Aku sampai rumah kul 12 tgh malam, Hasilnya hari ini kawan2, aku just pegi ke fakulti perubatan tadi FOR NOTHING!!! Hanya untuk buang duit+ kena marah dengan lecturer+ dan jadi petapa yang tak bertauliah.


**********


Hahahaha...sadis kamu tahu, Tapi yang menariknya, aku tak menangis langsung. Aku rasa pelik dengan diri sendiri. Aku ni, kalau dah bengang sangat selalunya aku akan menangis sampai terhenjut2 bahu. Tapi kali ni mana entah gi air mata tu..(garu kepala)

Aku gagahkan menaip malam ni jugak sebab kalau esok for sure perasaan aku dah lain.

Aku nak kemudian hari aku baca entry ni semula dan gelak sorang2 mengenangkan pengalaman yang sangat sangat sangat sadis ni.

Okeh, sekian saja, Sorry ni entry emo dari aku..daa~~

2 Orang Macho komen:

Pha Is said...

sempoi... tapi x pe la korg duit JPA masok awal. smua biasiswa JPA (kcuali untuk bdk medic) dapat lambat.... bulan 2 nnti.... kebulur aq..

Nurul said...

woa....gile tragik kesah ko.

kalo aku, aku tumbuk pak cik tksi tu..xde meter ke?