Blogroll

Thursday, December 30, 2010

Kalau kamu sayangkan seseorang...

Assalamualaikum.

Hai..hari 31 dec, oohh...dah nak masuk tahun baru masihi rupanya..aiseh, cepatkan masa berlalu??

Aku masih ingat permulaan aku nak masuk sekolah rendah dulu. Sangat kelakar jika dikenang kembali. Hah, sangat merindui masa sekolah.

Apa azam baru korang? Azam aku nak lulus resit exam..hehe

Azam jangka panjang aku nak kuruskan badan, belajar rajin2..hahaha, sama je azam secara tak rasmi setiap tahun. Honestly, aku tak pernah amik serius pasal azam ni. Teruk kan??



************

Nak cerita yang hari ini aku terkena.

Mak aku tersayang telah refill botol ribena dengan kicap semalam. Disebabkan aku insan yang bertuah, dengan selambanya aku terbancuh air kicap hari ini, kerana disangkakan air ribena..demm!!

Sehari suntuk aku digelakkan..masin air tu kamu tahu, bersembur masa aku minum. Aku rasa maybe korang patut cuba..heh.



budak bertuah yang minum air kicap...waaa..GILA




************

Ahah, kamu sayangkan seseorang??Baca nukilan aku nih.


Kalau kamu sayangkan seseorang, pastikan si dia bahagia walaupun bukan dengan kamu

Kalau kamu sayangkan seseorang, lepaskannya si dia untuk bebas terbang dan jika dia kembali maka dia adalah milikmu

Kalau kamu sayangkan seseorang, cintai dia seumur hidup kamu

Kalau kamu sayangkan seseorang, jangan teragak berkorban demi kebahagiaannya

Kalau kamu sayangkan seseorang, luahkan isi hatimu seadanya

Kalau kamu sayangkan seseorang, ingatlah batasan dalam agama

Kalau kamu sayangkan seseorang, pastikan lafazmu jujur seiring dengan perbuatanmu

Kalau kamu sayangkan seseorang, prioriti kamu adalah untuk membuat si dia tersenyum bersama kamu

Kalau kamu sayangkan seseorang, terima segala kekurangannya dengan hati terbuka

Dan terakhir pesananku sebelum menyayangi seseorang pastikan kamu dapat menyayangi dirimu terlebih dahulu sahabat..


hahaha..jiwang lak fatihah ni. Tak tahu kenapa benda alah ni berlegar2 dalam kepala, tak sihat kot aku ni...;p



well, jiwang2 pun saya tetap bajet macho..huaahaha..


Dah2..stop entry syok sendiri..sorry , kalau nak info kesihatan sila bukak laman web ni. Bukan blog aku..;p

okeh, aku nak tido.

ESOK SAYA YANG RAJIN NI NAK MULA STUDI..HOHOHO(gelak kurang ikhlas)

Daa~~. x)



Related Posts:

  • Kahwin paksa.Pagi ini aku duduk kat depan laptop, sambil megemas perasaan, meyediakan mental dan fizikal untuk telepon mak aku kejap lagi. Aku bukan nak pegi berpe… Read More
  • Mata bulat.Salam.Masa balik ke rumah cousin aku hari raya aidiladha yang lepas, aku berpeluang jumpa anak sedara(anak cousin) aku yang comel2 seramai 3 orang(eh,… Read More
  • Zon Hantu yang tidak seram, tapi bosan.Kalo sakit maknanya Allah ingat dan nak uji kita kan?..yes!!! aku demam. sekian.Hari ni bangun, tido, bangun, tido sampai aku pun sakit kepala. Katil … Read More
  • Hari yang luar biasa.Dengan ini diumumkan aku tidak ponteng kelas pagi tadi. Ya. aku rasa ade skandal disebalik semua ini! (poyo..bajet artis?)Tiap kali nak buat jahat mes… Read More
  • MalasAku dah sakit tenat sekarang. Ya, sakit kemalasan tahap kritikal. Sila jauhkan diri anda jika tidak mahu penyakit ini berjangkit. Aku rasa dah berjang… Read More

0 Orang Macho komen: