Hai geng..
Broadband aku kat rumah ni sudah bertukar menjadi berukband. Ya. Aku terpaksa maafkan beliau, kerana keadaan yang menjadikannya begitu.
Maka, aku tak dapat bergiat aktif disini, sekadar menaip di words, copy and paste di blog. Itu pun mengambil masa setengah jam untuk berukband aku menjalankan kerja beliau...beliau sangat tenat sekarang..sob sob..
Maka, niat suci murni aku untuk blogwalking tak dapat dilakukan secara giat. Maaf.
Sudah2, aku mahu menamatkan entry emo aku untuk beberapa hari ini..asyik sedih je.
Mari mulakan episod baru. Yakin.
*********
Dilema...semua orang pernah rasa kan?? Tipu la kalau kata jalan hidup dia straight je, tak de cabaran langsung. Tipu tipu..
Emo pulak..tapi betul la, cabaran tu yang mematangkan kita. Pilihan yang salah tu la yang mengajar kita membuat pilihan yang betul pada masa depan. Hidup ni tak selamanya indah dan tak selalunya suram. Pokok pangkal terletak pada hati kita untuk mencorakkannya. Kalau hidup atas dasar semata menyesali pilhan yang salah, maka pudarlah warna kamu.
Faham, apa yang aku cuba katakan jangan takut untuk menjadi diri sendiri, jangan takut untuk membuat silap. Kerana ianya pengalaman, dan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.
Maka jadikanlah kesalahan kamu itu sebagai sesuatu yang kamu boleh pegang sebagai pedoman di masa hadapan
Ahhh, mudah untuk berkata-kata bukan??.. tapi itulah hakikatnya. Jangan tutup minda kamu, buka seluas yang mungkin, dan pandang hidup ini dari perspektif yang berbeza.
Salam sayang dari aku..daa~~
Tuesday, December 28, 2010
Home »
» Berukband dan dilema kehidupan.
Berukband dan dilema kehidupan.
Related Posts:
YUKA DAN TUANNYA...X)… Read More
Short update..lalalaAssalamualaikum.Waaa....rindunya aku kat blog ni. 3 hari tak bukak. Kesian blog ni terabai..:(Sebenarnya aku baru balik dari tempat ni... Jeng jeng j… Read More
Camping?rupanya seindah percutian...PART 1Assalamualaikum.Walawei, berabuk dah blog aku ni. Kesian dia terabai. Sorry sayang, mama so busy..*gediks.Diri sendiri sekarang pun tak terurus. Koran… Read More
Camping?rupanya seindah percutian...PART 2Assalamualaikum....phew..lama siot nak tunggu sambungan part two..kih kih.Baiklah, mari kita sambung cerita..Selepas itu, Encik fasi(seronok panggil e… Read More
Memohon Doa.Assalamualaikum.Hai hei hoi. Sihat tak korang? Aku harap sihat belaka la semua yang baca, terbaca, tersinggah, stalker atau sesiapalah yang melawat bl… Read More
2 Orang Macho komen:
hahaha..nie kesinambungan dari entry aku jer..hahahaha..can t wait merongeng hari ini
panglima perang datang nak cakap bersabar jer la yer! dugaan hidup macam tu lah. :-)
Post a Comment