Blogroll

Saturday, December 4, 2010

Salah nombor yang menghasilkan kebengangan, sila amik pengajaran.


Aku duduk di meja tulis. Mulut terkumat-kamit, bagai menghafal mentera, tetapi didapati note di tangan rupanya.

Tiba-tiba, lagu michael heart berkumandang. Aku mencari-cari mana handset nih(sambil menggaru kepala). Lagu berhenti. Ahh, aman rasanya. Terus studi.

Berdering lagi...cari-cari, rupanya handset dibawah timbunan baju atas katil yang belum dilipat.

Aku: Hello, assalamualaikum.

X: Boleh bercakap dengan rosnah?(suara lelaki)

Aku: Eh, encik tak jawab salam saya lagi.

X: Oh, sorry sorry.. Waalaikummussalam. Boleh saya bercakap dengan rosnah?

Aku: Rosnah tiada disini. Maksud saya, encik ni salah nombor.

X: Eh, salah nombor? Tapi kawan rosnah yang bagi nombor ni.

Aku: Encik salah dail kot.

X: Jap, saya ulang baca nombor ni eh..01345*****..Betul kan?

Aku: Aaah, betul la..tu nombor saya. Maknanya kawan rosnah tu la salah bagi nombor kat encik.

X: Tapi.. betul awak bukan rosnah?

Aku: Yup, bukan..(mula bengang). Oklah, saya nak letak telepon sekarang.

X: Eh, nanti-nanti... dah salah nombor ni, boleh kita kenal-kenal? Nama saya sau**.

Aku: Hah? Saya tak tanya pun, dan saya tidak berminat. Semoga berjaya menghubungi rosnah yang encik cari.Bye.

Aaaargh...aku bunuh gak lelaki ni, sempat lagi menggatal. Dah la kacau waktu aku tengah ada mood melangit nak studi..(-_-’)



Bengang, hilang macho sebentar.

Pengajarannya disini, sila off call dengan pantas apabila salah nombor.. Jangan siakan masa anda, dan masa orang lain.

Sayonara.

Related Posts:

  • Close enough! Tadi masa teman mak aku shopping kat pekan, aku ternampak water colour yang selalu aku guna waktu sekolah rendah dulu. Dan, disebabkan bosan membina … Read More
  • Merapu sendirian.Berdondang sayang setelah habis paper algebra 10.30 pagi tadi. Mula-mula memang rasa gembira, tapi lepas makan tengahhari, habis kemas-kemas barang se… Read More
  • Lawak Kampus Ok, barang-barang sudah siap dikemas sepenuhnya. Tinggal aku nak balik rumah je. Insyaallah aku balik pagi esok. Lalalala...balik kampung!!! ***… Read More
  • Pot pet pot pet.Terlalu selesa berada dirumah. Terlalu selesa sampaikan aku menelan 2 biji panadol dan tidor seperti bayi sepanjang hari akibat rutin sakit setiap bu… Read More
  • Lukisan Budak Universiti. Because of colouring and drawing are too much fun, I can't help myself. Muahaha. Kalau boleh bezakan mana satu chubby, mana satu ucop, maknanya… Read More

3 Orang Macho komen:

aisya said...

tp saya, niat org tu mmg nak cari org rse nye.. gaya ckp formal je.. tp yg last2 tu la lain mcm... =p

Adam said...

Hahaha. betui2. ape2 la org tu.

BuDaK cOmOt said...

hahahahhahahah rosnah vs fatihah
hahhahhha ntah² mmg org tu nak knal ngan ko tak...ahhahahahah cara org lama nak berkenalan huhuhuhu