Blogroll

Wednesday, December 1, 2010

Maaf itu Keramat!!!

Salam.

6.27 pagi.

Hai hai semua, sihat hari ini? Aku doakan bahagia dalam genggaman kamu pada hari ini. x)

Tiba-tiba kepala serabut, maka aku ingin meluahkan idea disini.

Aku ingin mengajak kamu pada hari ini menyusur jalan bersama aku, memahami perkataan keramat yang semua orang tahu, kecuali bayi atau manusia yang terjejas mentalitinya. Keramat? Dah macam cerita hantu pulak.

Aku pasti kamu memahami perkataan maaf bukan? Ya, MAAF. Tengok, dah tercaps lock pulak. hehe.

Maaf adalah suatu perbuatan yang mulia, dimana kita merendahkan ego, dan mengakui kesilapan seadanya. Bukan semua yang sanggup mengakui kesilapan sendiri. Mudahnya masyarakat pada hari ini, setiap kesilapan atau kekhilafan, dengan cepat mereka menuding jari kepada orang lain.

Aku berharap kita bukan daripada golongan ini, yang mana amat berat untuk menuturkan perkataan maaf didalam hidup mereka. Bukalah minda kalian semua, dimana dengan meminta maaf itu bukan bererti kita hina, malah adalah insan mulia kerana mampu mengakui kesilapan sendiri, dan mengambil iktibar daripadanya.



dengan meminta maaf kalian akan menjadi comel macam kucing ni..;p

Daripada pengalaman aku sendiri, belajarlah meminta maaf seikhlas hati kamu. Kerana kita tidak tahu bila ajal menjengah, maka janganlah matinya kita nanti dalam kemarahan manusia lain.

Maaf daripada aku kepada yang terasa, sesungguhnya bukankah amalan mengingati itu amalan yang bijaksana?x)

Serius hari ini entry berat+skema.
Nak pergi seminar, bye.


Related Posts:

  • Aku blogger ! So What ???Salam.Ahah, tadi jalan-jalan jap setelah penat menelaah hari ini,tiba-tiba tanpa dapat di elak aku ternampak segment encik ben yang menarik ni. Walaup… Read More
  • Contest: Ada apa dalam tuh?Salam.Dengan ini, diumumkan aku telah ditag oleh blogger cun melecun, Siti(sila ke blog beliau untuk berkenalan..hehe).Okeh, disebabkan hari ini penat… Read More
  • Maaf itu Keramat!!!Salam.6.27 pagi.Hai hai semua, sihat hari ini? Aku doakan bahagia dalam genggaman kamu pada hari ini. x)Tiba-tiba kepala serabut, maka aku ingin melua… Read More
  • Update ke MAHAAssalamualaikum.Ingat tak aku asyik berulang kali sebut MAHA dalam entry yang lepas? Hah, tak ingat??Takpe, sebab aku rasa baik hari ini, aku ulang ba… Read More
  • Yeaa..lompat tinggi-tinggi..x)Assalamualaikum.Yup, design blog ini, bertukar sekali lagi. Tak nampak serabut kan? Aku just nak blog picisan aku nih simple dan leh download laju je.… Read More

2 Orang Macho komen:

Anonymous said...

maafkan saya ye...

Fatihah said...

saya maafkan anda, dan maafkan saya juga..x)